NGO Jangan Salah Gunakan Parlimen Untuk Adakan Sidang Media-Bung Moktar Radin


Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin kesal dengan tindakan dan sikap beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pemimpin pembangkang yang berselindung di sebalik NGO menyalahgunaan lobi Dewan Rakyat untuk mengadakan sidang media untuk apa tujuan sekalipun sedangkan ruang tersebut dikhususkan kepada mana-mana Menteri, Ahli Parlimen dari BN mahupun dari pakatan pembangkang untuk mengadakan sidang media.

“Sebenarnya ini bukan perkara baru, dulu pun pernah berlaku kekecohan di mana ada NGO membuat sidang media di lobi dan ruang sidang media Parlimen, bertelagah dengan BNBBC. Masalahnya, sehingga hari ini masih wujud kejadian sebegini, di mana ada pemimpin pembangkang bersama-sama NGO daripada luar, kita pun tak tahu NGO dari mana membuat sidang media.

Seharusnya ruang tersebut untuk ahli-ahli Parlimen dan para menteri untuk membuat sidang media. Jadi ini pada saya merupakan satu pelanggaran susila peraturan Dewan Rakyat ini,” ujarnya mengulas dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sewenang-wenangnya menggunakan ruang sidang media Parlimen sehinggakan menyusahkan para menteri dan ahli parlimen mengadakan sidang media mereka.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa Speaker Dewan Rakyat meneliti perkara ini seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk menghalang mana-mana individu atau NGO menggunakan lobi Dewan Rakyat untuk mengadakan sidang media.

“Sidang media yang bermacam-amacam, memaki hamun kerajaan, membuat fitnah dan sebagainya. Seharusnya mereka carilah lokasi lain yang sesuai, tidak perlu menggunakan Dewan Rakyat untuk membuat sidang media mereka yang tidak membawa apa-apa faedahnya kepada rakyat.

Saya sebagai Timbalan Pengerusi BNBBC memang tidak bersetuju dengan amalan-amalan yang tidak bersopan ini dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk merosakkan imej Dewan Rakyat itu sendiri. Saya juga akan membawa isu ini dalam hujah saya minggu depan agar Dewan Rakyat mengambil tindakan dan pendekatan yang sewajarnya untuk memberhentikan aktiviti-aktiviti negative seperti ini,” tambahnya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah.

Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Parlimen manjakan sangat puak-puak nie berkuasa dan berleluasa. Salah kakitangan Parlimen gak...

    Kalau orang lain kena pakai tie, kena pakai kot, berpakaian kemas... namaweeiii cibai tu masuk parlimen punyalah selekeh....

Post a Comment