Pemuda UMNO Sungai Besar Bantu Mangsa Banjir Di Lembah Klang



Kejadian banjir kilat melanda Lembah Klang baru-baru ini menyebabkan ramai mangsa berkenaan menghadapi pelbagai kesulitan bukan sahaja kerosakan harta benda malah kediaman mereka turut dipenuhi dengan lumpur dan sampah sarap yang dibawa arus banjir.
Atas rasa keprihatinan terhadap kejadian berkenaan, seramai 500 sukarelawan belia dan Pemuda UMNO Sungai Besar telah menghulur tenaga untuk membantu mangsa banjir melakukan kerja pembersihan.
Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, bantuan yang dihulurkan itu diharap dapat meringankan bebanan serta kesulitan yang dihadapi oleh mangsa banjir sehingga ada yang merasa tertekan dengan keadaan yang berlaku.
“Cukup menyayatkan hati apabila barang keperluan dan perabot musnah dihanyutkan air. Ada mak cik yang bergenang air mata menceritakan air naik tanpa dapat ditahan-tahan. Anaknya masih belum pulang bertugas di Kuala Lumpur.
“Kehadiran kami adalah untuk membantu mangsa banjir,  diharap dengan kehadiran kami ia dapat meringankan kesulitan serta tekanan dihadapi mereka terutama membabitkann tugas-tugas membersih kesan banjir,” katanya.
Kampung Hulu Perdik dan Kampung Jawa menjadi lokasi sukarelawa terbabit membantu mangsa-mangsa banjir.
Menurutnya, sepanjang sukarelawan terbabit menjalankan tugas mereka, tidak kelihatan pun petugas atau sukareawalan dari parti pembangkang datang menghulurkan bantuan kepada mangsa terbabit.
“Mana pergi slogan mereka yang kononya memperjuangkan negara berkebajikan, sedangkan jika mereka benar-benar memperjuangkan seperti yang diperkatakan sudah tentu mereka turun bersama membantu bukan hanya pandai bercakap sahaja”, ujarnya

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

48 Komen

Post a Comment