UMNO Bahagian Ampang Bersama Rakyat Rasai Keperitan Bencana Alam


Jentera UMNO di semua peringkat sentiasa bersedia menghulurkan bantuan khususnya apabila bencana menimpa dan ini terbukti apabila berlakunya tragedi banjir yang melanda di sekitar Lembah Kelang baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo yang turun padang dan merasai sendiri keperitan masyarakat tempatan dalam berdepan bencana bajir tersebut amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dan bertungkus-lumus membantu membersihkan kawasan terbabit.

“Bantuan segera dibuat oleh UMNO Bahagian selepas sahaja mengetahu bencana tersebut berlaku yang bermula selepas maghrib ekoran hujan lebat iaitu dengan memindahkan penduduk-oenduduk yang terlibat ke penempatan sementara lantas bantuan makanan diberikan,” maklumnya.

Jelasnya, perkara pertama yang dilakukan apabila para penduduk terbabit dikumpulakn ialah mengadakan bancian bagi megetahui jumlah sebenar mangsa terlibat agar bantuan dapat disalurkan dengan segera.

“Bancian tiap-tiap rumah dilakukan tanpa mengambil kira sama ada rumah sendiri atau penyewa yang kesemuanya melibatkan sejumlah 466 penduduk,” ujarnya yang menjelaskan antara kawasan terlibat terdiri dari Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Sungai Seputih, Kampung Melayu, Kampung Seri Melur, Jalan Enggang dan kawasan sekitarnya.

Tambah beliau, bagi memudahkan urusan dan aduan dibuat maka bilik gerakan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh beliau sendiri telah dibuka sejak hari bencana berlaku sehinggalah hari ini dan akan dilaksanakan berterusan bagi memastikan keadaan benar-benar pulih.

“Melalui pergerakan UMNO Bahagian maka kita telah meminta bantuan semua pihak sama ada dari pihak badan bukan kerajaan dan kementerian-kementerian bagi menghulurkan sumbangan dalam pelbagai aspek sama ada barangan, makanan dan juga tenaga kerja.

“Selepas banjir surut maka kita telah menggerakkan untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar yang dipenuhi dengan selut dan kotoran dan alhamdulillah melalui gerak kerja bersama melibatkan jentera UMNO Bahagaian, kakitangan Syabas, NGO’s, golongan belia dan angkatan tentera maka sekitar seribu orang telah berhimpun dan bersama-sama membantu para penduduk,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa punca berlakunya bencana tersebut telah dikenalpasti dan aduan telah dibuat kepada pihak bertanggungjawab agar tindakan segera dapat dilakukan.

“Melalui UMNO Bahagian, bantuan bantuan berupa 331 dapor dan juga tong gas sumbangan TEKUN diberikan selain bantuan alatan memasak,peralatan asas seperti tilam dan pakaian,” katanya.

Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment