Wanita UMNO Terus Bersatu-Padu- Hamidah


Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, Perhimpunan Wanita UMNO hari ini bersama Presiden UMNO membuktikan bahawa Wanita UMNO tidak berpecah, malah bukti Wanita UMNO kuat dan sokongan kepada Datuk Seri Shahrizat begitu padu. Tidak timbul soal sokongan kepadanya sudah berkurangan.

“Malah perhimpunan kita pada hari ini membuktikan Wanita UMNO masih kuat, bersatu-padu malah kita berikrar, kita berjanji kita akan mengambil ikhtibar untuk bekerja dengan lebih bersemangat lagi untuk menentukan kemenangan yang lebih besar kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Alhamdulillah, dalam kita menghadapi masalah ini, semuanya bertindak matang dalam menangani krisis ini. Saya yakin mulai hari ini, tidak timbul lagi permintaan untuk Datuk Seri Shahrizat meletakkan jawatannya dan saya juga berharap selepas ini tidak ada lagi mana-mana pihak yang menanguk di air yang keroh, samaada di dalam parti mahupun dari luar parti,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden, petang tadi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar pula melihat Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengambil pendekatan terbaik untuk menyelesaikan masalah Pergerakan Wanita UMNO dengan mengekalkan barisan kepimpinan Wanita, diketuai Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Keputusan ini terbaik untuk kepimpinan Wanita UMNO khususnya dalam persediaan kita untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor

Dalam masa yang sama, Setiausaha Wanita UMNO Negeri Perlis, Marzita Mansor menyambut baik saranan dan keputusan yang diambil Presiden, lebih-lebih lagi pemilihan Datuk Seri Shahrizat sebagai ketua Wanita UMNO merupakan pilihan wanita sendiri pada pemilihan yang lalu.
“Semoga dengan perkembangan terkini, Wanita UMNO dan Wanita BN boleh terus menumpukan gerakkerja kita turun padang untuk memastikan pada pilihan raya ini, kita akan menang dengan selesa,” ujarnya. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment