Semakin dekat desas desus
pilihan raya umum dan semakin kuat khabar angin mengenainya bertiup, semakin
kuatlah pihak pembangkang membuat janji-janji manis.
Malang, kesemuanya hanya
tinggal manis pada bibir sahaja kerana hakikatnya ia adalah palsu dan sekadar
halwa telinga semata-mata.
Paling kedepan dalam membuat
janji-janji palsu ini ialah tidak lain tidak bukan Ketua Pembangkang, Anwar
Ibrahim.
Anwar menjanjikan bulan dan
bintang kepada rakyat kerana mahu tagih undi daripada rakyat.
Impiannya untuk menjadi
Perdana Menteri dan duduk di kerusi empuk Putrajaya masih hangat membara,
walaupun sebenarnya semakin hari harapan tersebut semakin pudar.
Ke mana-mana sahaja beliau
pergi dalam siri ceramah dan jelajah bertemu penyokong, tidak ada bukti tentang
kemajuan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat kecuali janji-janji untuk
mengelirukan rakyat.
Antara janji pertama yang
seringkali ditabur kepada orang-orang kampung ialah Pakatan Rakyat akan menurunkan
harga minyak sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.
Lihat betapa teringinnya Anwar
kepada jawatan Perdana Menteri hingga sanggup membuat janji yang tidak masuk
akal.
Alasan yang diberi Petronas
memperolehi keuntungan puluhan bilion ringgit setiap tahun dan atas alasan itu
harga minyak seharusnya diturunkan.
Walaupun mendabik dada lapan
tahun menjadi Menteri kewangan, malangnya Anwar menunjukkan pemikiran cetek dan
terlalu asas dalam hal pengurusan kewangan negara.
Kalau begitulah cara beliau berfikir,
tidak payahnya susah-susah menjadi Menteri Kewangan untuk mengeluarkan buah
fikiran sebegitu rupa.
Semua rakyat faham, harga
minyak petrol, disel dan lain-lain bahan api di dalam pasaran bergantung secara
keseluruhannya kepada harga di pasaran dunia.
Walaupun Malaysia secara amnya
masih menjadi negara pengeksport minyak mentah, namun harga bahan api di
pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasara dunia.
Sebab itulah kerajaan tetap
memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa
dinaikkan.
Cadangan Anwar untuk
menurunkan harga minyak, tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada
jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia.
Tengok sahaja di Selangor
bagaimana Pakatan Rakyat mentadbir negeri terkaya di Malaysia tersebut.
Kalaulah Pakatan Rakyat
berbangga sangat kerana rizab kerajaan negeri telah mencecah lebih RM1.2 bilion
di bawah pentadbirannya, mengapa perlu menambah hutang sebanyak RM200 juta
hanya untuk mensubsidi air percuma yang dijanjikan kepada rakyat?
Jika setiap janji Pakatan
Rakyat semasa kempen pilihan raya memerlukan penambahan hutang maka lambat laun
negeri yang paling kaya sekali pun akan jatuh bankrap!
Ini baru termasuk janji air
percuma, bagaimana pula bermacam-macam lagi janji hendak beri percuma itu dan
ini, seperti khairat kematian, pelajar univerisiti, bayi baru lahir, bantuan
warga emas dan sebagainya.
Pakatan Rakyat tidak pernah
mendedahkan kepada rakyat apakah sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan
bagaimana cara untuk mengotakan semua janji-janjinya itu.
Kini yang dibaca di dalam
laporan media, Pakatan Rakyat bercadang untuk menjual tanah dan aset negeri
kononnya untuk pembangunan, sampaikan bangunan dan tanah menempatkan pelajar
miskin di bawah Yayasan Selangor di Kampung Pandan ingin dijual kepada syarikat
swasta.
Inilah cara Anwar mengurus
kewangan negeri Selangor selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Bunyi jawatannya amat gah dan
mengerunkan tetapi ide yang diberikan untuk bangunkan ekonomi akhirnya hanya
akan merugikan negeri dan negara.
Mungkin sebab itu mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menganalisis Anwar sebagai
seorang Menteri Kewangan yang gagal!
0 Komen