Debaran PRU13 – ‘Ibu Segala Pilihan Raya’




Dok kedai kopi kampung, dok kat kedai kopi elit, dok menunggu bas, komuter, LRT…. Malah dok membeli belah pun, satu benda yang sedang rancak dibualkan olek rakyat 1Malaysia ialah tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. 


Wow!! Begitu hebat aura PRU13. Jika di Selangor, makin ramai tak sabar nak turun mengundi untuk menebus kesilapan mereka pada PRU12 yang telah memberikan peluang kepada pakatan pembangkang untuk menerajui pentadbiran kerajaan negeri, walaupun ada antara mereka sekadar nak `test’ mengurangkan undi BN, walau tak jangka yang BN akan kalah di Selangor pada PRU yang lepas.

Jika baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin Yassin ada memberikan bayangan baru - pilihan raya umum akan boleh diadakan dalam beberapa minggu ini, mungkin beberapa bulan lagi.

Malah sebelum ini, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) jura sering berkata "dalam waktu terdekat" atau "tidak lama lagi", kini nasihat mereka lebih kepada "beberapa minggu lagi".

Apapun, bila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen, seterusnya pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Menteri Besar Dan Ketua Menteri negeri masing-masing, ahli parti itu dan komponen BN di segenap lapisan harus bersiap siaga bagi menghadapi PRU13 - 'ibu segala pilihan raya'.

Jika sebelum ini, 2-3 bulan sebelum tarikh Pilihan Raya Umum diadakan, bendera-bendera parti yang bertanding akan mula berkibar gah untuk menunjukkan persediaan menghadapi pilihan raya umum. Tempoh kempen belum bermula malah PBT tidak mengambil tindakan keras. Nampaknya PBT pula relaks, sudah faham ragam menjelang PRU. Mereka pun bertolak ansur.

Tetapi tidak kali ini di Selangor. Jika bendera PKR, PAS, DAP dan kini, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dinaikkan di beberapa kawasan, ia tidak menjadi kudis dan dibiarkan begitu sahaja. Namun jika bendera BN dinaikkan, dengan sepantas kilat arahan datang ke pegawai PBT terbabit untuk menurunkan dan merampas bendera-bendera BN tersebut….. satu perkara yang tidak pernah berlaku sebelum-sebelum ini ketika BN memerintah Selangor.

Apa dah jadi? Jika sampah dibiarkan begitu sahaja, PBT pun buat-buat tak Nampak, walaupun rungutan penduduk bau busuk menganggu kehidupan mereka, namun bendera BN yang dinaikkan di beberapa kawasan yang menjadi target utama PBT atas arahan pihak-pihak tertentu (EXCO yang menjaga PBT di Selangor kot) diturunkan dan di tong-sampahkan.

Biarlah depa …. Sekarang nie semuanya tertumpu bulan Jun nie, tidak kira di mana sekalipun … semuanya bercakap soal bulan Jun, nak cuti tak boleh, nak tempah flight untuk ke oversea pun tak boleh … bak kata anak-anak muda sekarang …. Semuanya tak boleh.

Aku pun tak tahu bila?

Semua tumpuan kini ke atas bulan Jun. Ruang yang dikatakan paling sesuai untuk Najib membubarkan Parlimen. Ramai mengandaikan PRU13 akan diadakan pada Mei 2011, selepas pilihan raya umum Sarawak. Beberapa tarikh yang dispekulasikan juga tidak menjadi kenyataan.

Dan, sekarang bulan Jun. Akan jadi tak?

Cakap-cakap kedai kopi dan juga andaian penganalisis menuding jari ke arah tanggal ini - 3 Jun atau 10 Jun sebagai hari mengundi. Kedua-duanya hari Ahad. Atau kemungkinan 2 atau 9 Jun iaitu Sabtu.

Masing-masing membuat perhitungan. Ada alasan tersendiri. Ada perhitungan tersendiri. Ada perkiraan tersendiri.

Kita tunggu dan lihat …..


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. pengundi atas pagar
    10:45 AM

    betul..

    saya pun tak sabar hendak mengundi bagi menebus balik kesilapan mengundi pembangkang pada PRU12 lalu..

Post a Comment