Himpunan Sejuta Belia Bakal Dijadikan Antara 10 Karnival Terbesar Di Dunia


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertekadmenjadikan Himpunan Jutaan Belia yang diadakan setiap hujung Mei sebagai antara10 karnival tahunan terbesar di dunia, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau yakin karnival itu yang diadakan sempena sambutan HariBelia Negara mampu mencapai status berprestij itu berdasarkan ia telahpunmencipta nama sebagai karnival belia terbesar di Asia.

Katanya Himpunan Sejuta Belia yang menyajikan lebih 500 acaramenarik mampu memikat pelancong asing seperti beberapa karnival utama duniaantaranya karnival Mardi Gras yang dirayakan di Rio de Janeiro (Brazil),Venesia (Itali) dan Louisiana (Amerika Syarikat).

“Setakat ini di Asia, karnival ini adalah yang terbesar. Cuma kitanak tengok dari segi penilaian antarabangsa supaya pada suatu masa nanti orang(pelancong asing) akan datang ke Putrajaya setiap tahun untuk melihatkepelbagaian dari segi kesenian, kebudayaan,aktiviti dan kehidupan masyarakatMalaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakanperjumpaan dengan wakil-wakil Kementerian Pelancongan dan Persatuan-PersatuanHotel di sini, Isnin.

Justeru beliau meminta Kementerian Pelancongan dan wakil persatuanhotel memainkan peranan untuk mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewabagi menarik pelancong asing sempena karnival itu yang diadakan dari 23 hingga27 Mei 2012 di Putrajaya yang mensasarkan dua juta pengunjung.

Katanya berdasarkan maklumat Kementerian Perdagangan Antarabangsadan Industri (MITI), 10 peratus daripada 1.1 juta pengunjung tahun lepas adalahpelancong asing dan angka itu boleh berlipat ganda sekiranya pakej promosidipertingkatkan lagi di luar negara.

Pelbagai aktiviti menarik dijadual diadakan pada karnival Mei initermasuk pelancaran Himpunan Jutaan Belia oleh Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak, konsert artis antarabangsa, promosi jelajah seluruh negara, pamerankerjaya, temuduga terbuka, motivasi kerjaya, pelancaran segmen modal insan,program bercorak keagamaan, pameran dan jualan dan perbarisan terbesar pasukanberuniform.

Hari Belia Negara disambut bagi memberi pengiktirafan danpenghormatan kepada golongan belia di negara ini yang turut memain perananmenyumbang pelbagai jasa kepada kerajaan dan negara.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

52 Komen

Post a Comment