Kerajaan Lakukan Kajian Rapatkan Jurang Sekolah Bandar Dan Luar Bandar


Kementerian Pelajaran sedang menjalankan kajianintensif sebagai usaha merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar danluar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kajian berkenaan bertujuanmengenal pasti isu dan masalah di sekolah luar bandar yang pencapaian pelajarnyadilihat lebih rendah berbanding sekolah di kawasan bandar.

“Kita hendak lihat apa masalahnya adakah disebabkan infrastruktur yang tidaklengkap, kurang peralatan, kualiti guru, kurang guru, persekitaran pembelajaranyang tidak sesuai atau sikap ibu bapa yang menyebabkan anak-anak hilang tumpuanterhadap pelajaran,” katanya kepada pemberita selepas majlis jalinan mesra wargapendidikan dan perasmian 17 dewan sekolah sekitar Parlimen Pagoh, di Panchor, disini, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Anggota Parlimen Pagoh, berkata jurang antara pelajarluar bandar dan bandar kelihatan timbul setiap kali keputusan peperiksaandiumumkan.

“Jurang memang tetap akan ada tetapi kita harap nanti jangan terlalu besardan tidak realistik. Kita akan umum kajian ini apabila siap dan kita akan caripelan tindakan untuk memperbaikinya,” jelasnya.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis pecah tanah Sekolah JenisKebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Temiang Renchong, dekat Bukit Pasir, di sini, Timbalan Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak akan menutup SJKT dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini walaupun mengalami kekurangan murid.

Beliau berkata perkara itu merupakan dasar dan telah dipersetujui semuapihak walaupun sekolah berkenaan hanya mempunyai 10 pelajar.

Menurut Timbalan Perdana Menteri kira-kira 1,800 SJKT dan SJKC wujud di negara ini ketika ini dengan 41 peratus daripadanya mengalami masalah kekurangan pelajar.

Katanya sokongan terhadap SJKT dan SJKC itu membuktikan kerajaan tidak meminggirkan mana-mana kaum di negara ini sekaligus memulihara bahasa ibunda masing-masing.

“Sebab itu kita peruntukan RM1.04 bilion kepada SJKT setiap tahun dan RM2.8 bilion kepada SJKC bagi tujuan pembayaran gaji dan kos operasi,” katanya.

Mengenai SJKT Ladang Temiang Renchong itu, Muhyiddin berkata sebanyak RM11 juta diperuntukkan bagi tujuan pembinaan sekolah dengan RM1 juta adalah untuk pembelian tanah manakala bakinya untuk pembinaan lapan bilik darjah berserta sebuah dewan.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Otak geliga
    1:07 AM

    salah satu masalahnya adalah BUDAK2 LUAR BANDAR yg CERDIK dah masuk asrama yg rata2 di bandar2

    yg ke-2 sbb persekitaran yg SERONOK & MENGUJAKAN utk BERMAIN LEBIH, kurangkan belajar

    yg ke-3 sbb ibu bapa sendiri yg kurang beri perhatian....ye la ramai keluarga luar bandar lebih tumpu cari sumber pendapatan, hanya segelintir yg terfikir dgn pelajaran, makin tinggi sumber pendapatan.

    ttg cikgu tu perlu lebih interaktif, kreatif & happy go lucky tp TEGAS....jgn la muka masam memanjang...konon nak tunjuk garang....budak2 tgk pun loya

    aku dulupoun asal luar bandar gak, berlambak je kwn2 aku yg pandai....tapi habis je UPSR majoriti sambung ke sekolah bandar berasrama...mana x merudum keputusan luar bandar....hehehe

Post a Comment