Kaum Cina,
dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat
hidup mereka. Praktikaliti bagi mereka,
dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang. Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk
mencapai apa yang diidamkan.
Dalam
menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama
dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada
kaum mereka.
Barisan
Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin
bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk
mereka ‘berkembang’. Walaupun terdapat
puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum
Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak
Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu
menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur
sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.
Sekolah-sekolah
Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair
mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini. Namun, majoriti kaum Cina terus kekal di sini, menjadi
warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN
hari ini, akan tetap membela mereka.
Namun
begitu, sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara
drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk
memulihkan keadaan ini.
Walaubagaimanapun,
ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Rakyat. Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun
2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor
lain, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kaum Cina bukan bertindak berdasarkan
emosi, tetapi praktikaliti.
Akhir-akhir
ini, Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan
idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar, termasuk
anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta
yang jauh lebih mahal harganya.
Kemudian,
Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak ‘mengambil alih’
perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang
pemberontak yang ingin membuat huru-hara.
Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna
kerugian bagi perniagaan mereka.
Maka, dua
insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah
lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini. Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan
sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya. Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak
muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh
Pakatan Rakyat yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi
membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di
Malaysia.
Anwar
Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah
beliau digelar ‘sesumpah’ oleh wartawan barat.
Mengikut pendedahan buku The ‘I’ Files, pada satu masa, Anwar adalah
seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam ‘sempurna’ ala Iran,
berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani
kemungkaran. Bagi Anwar, kaum Cina dan
barat semuanya adalah ancaman kepada Islam.
Sehinggakan, kata penulis buku tersebut, Hasan Ali juga tidak dapat
menyaingi ‘mimpi’ Anwar pada waktu itu!
Pendedahan
ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika
menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990. Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada
latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina
malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana
Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk
sebuah bangsa yang bersatu padu. Hanya
pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2)
untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina
kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong.
Selain
pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka
kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan
peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai
kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi.
Ketika Anwar
menjadi Menteri Kewangan, dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum
dipecat iaitu 1997/98, negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk. Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan
telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali.
Dalam
kebuntuan, Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu
menurut sahaja telunjuk IMF. Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik
menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula
terbeban dengan ‘Non-Performing-Loan’ (NPL).
Akibatnya, ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan
ditutup, bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga
menyekat kadar dayabeli rakyat.
Malaysia
bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu,
iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak
popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir
bankrap. Tindakan ini menyebabkan BN
berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan
kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari
pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar
Ibrahim.
Justeru,
kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah
terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis,
chauvinis, rasis dan pentingkan diri sendiri.
Selama ini, negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum. Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana
wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi
dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli.
Formula di
dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan, keteguhan dan kemakmuran
negara ini. Maka semua kaum wajar terus
menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan
terus bercambah dan kukuh selama-lamanya.
Di masa
yanga sama, kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi
dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa.
Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan
dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa
dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik, ektremis, liberal ataupun
plural.
Oleh itu,
jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang ‘moderate’ dan kekal
konsisten dengan prinsip dan pendirian ini.
0 Komen