Menarik sebenarnya bila kita membicarakan mengenai akaun induk RM
3 bilion yang agak heboh diperkatakan sejak dulu hingga kini. Surat Akuan
Bersumpah (SD) yang Ketua Umum PKR kemukakan nyata tidak berupaya menarik tirai
penamat untuk isu kontroversi ini.
Apatah lagi bilamana bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Abdul
Razak Idris mengakui SD tersebut dibuat atas permintaan Anwar Ibrahim dan
bukannya dilakukan atas sebab terdetik dari kesedaran dirinya sendiri.
Tambah menghangatkan keadaan bilamana Ummi Hafilda tampil dengan
pendedahan tentang seorang wanita misteri yang dikatakan rapat dengan Ketua
Umum PKR itu semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan
Perdana Menteri.
Wanita misteri yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dalam isu RM 3
bilion ini telahpun kita ketahui identitinya, dikenali sebagai Zaliah Zakaria.
Menurut pengakuannya, dia pernah memiliki wang tunai dan hartanah bernilai
RM100 juta.
Zaliah juga mengakui mengenali Wan Azizah sewaktu menjawat jawatan
dalam syarikat Wira Tangkis Sdn Bhd tapi di masa yang sama menafikan mengenali
suaminya yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Kewangan.
Mengikut penjelasannya lagi, aset bernilai RM100 juta yang pernah
dimilikinya itu diperolehi hasil perniagaan lumba kuda pada akhir 1990-an.
Agak-agak siapakah Menteri Kewangan ketika itu yang bertanggungjawab meluluskan
lesen judi lumba kuda tersebut?
Benarkah Zaliah langsung tidak mengenali Anwar dan hanya mengenali
isterinya sahaja? Mungkinkah kelulusan lesen judi lumba kuda itu hasil rekomen
dari Wan Azizah yang ketika itu adalah isteri kepada Menteri Kewangan?
Paling penting tentu sahaja khalayak ramai menuntut penjelasan
yang lebih ampuh dari Zaliah berkaitan punca dan sumber sebenar kekayaannya.
Seseorang yang memiliki aset dan wang tunai RM100 juta tentu
sahaja cukainya tidak akan mencecah RM50 juta sebaliknya ia sepatutnya jauh
lagi rendah dari angka tersebut.
Justeru itu, wajarlah Zaliah mengambil langkah berterus terang
kerana ianya lebih baik berbanding penjelasan separa masak yang dilakukannya
sebelum ini yang hanya mengundang lebih banyak persoalan dan di masa yang sama
makin menjerat tengkuk Anwar Ibrahim. - BB
0 Komen