Hudud: ILMU Hantar Surat Rasmi Kepada Nik Aziz


Surat rasmi untuk bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dihantar oleh Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), tetapi belum mendapat respon rasmi daripada Mursyidul Am Pas itu.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, surat tersebut dihantar berdasarkan permintaan bermuzakarah antara Pas dan Umno pada 6 Jun yang lalu.

Menurutnya, Ilmu mahu berbincang dengan Nik Abdul Aziz mengenai isu hudud dengan lebih serius dan profesional, bukan untuk bertikam lidah.

“Kita sudah hantar surat muzakarah kepada Pas dan surat tersebut diterima oleh Setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz, Ahmad Fadhli Shaari.

“Oleh kerana surat telah dihantar untuk tujuan sama, rasanya tidak perlu surat untuk kali kedua,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pihaknya akan menulis surat jemputan secara rasmi kepada Menteri Besar Kelantan itu untuk berbincang isu hukum hudud.

Pada 26 Ogos lalu, Fathul Bari mempelawa Nik Abdul Aziz berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini.

Beliau berkata, perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.