Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling panas, malah
lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri sendiri. Ini berdasarkan jumlah mereka-mereka yang
tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan, dan jauh lebih
dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri.
Parti pembangkang Kedah, iaitu BN dilihat lebih tenang dalam
memperkatakan calon MB tetapi, keadaan yang sama tidak berlaku di dalam parti
PAS. Dengan begitu ramai yang merasakan
diri mereka layak untuk menjadi MB, kedudukan Azizan semakin hari semakin
getir.
Malah, PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan kepada
Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan kepimpinan
ulama.
Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan
datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya
dan menuntut beliau meletakkan jawatan.
Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau
mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.
Mungkinkah kepimpinan PAS Pusat sedang menyediakan si-exco ini
untuk menggantikan tempat Azizan?
Alasan yang digunakan oleh musuh-musuh Azizan untuk ‘menjerut’
beliau adalah masalah kesihatan. Ini
kerana, semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, Azizan sering keluar masuk
hospital atas berbagai masalah antaranya, jantung, diabetes, tekanan darah dan
berbagai-bagai lagi. Azizan juga
dikatakan sering keletihan dan tidak berdaya untuk bergerak cergas.
Masalah kesihatan Azizan sampai ke kemuncak apabila beliau gagal
menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjurannya sendiri pada 25 Ogos yang lalu. Majlis yang dihadiri ribuan rakyat Kedah,
terpaksa dikendalikan sendirian oleh isteri beliau, To’ Puan Hajjah Faikah yang
mana menyebabkan ramai rakyat kecewa dan tertanya-tanya.
Khabarnya, keadaan Azizan pada hari tersebut dan malam sebelumnya
adalah agak mencemaskan. Sejauh mana
berita ini benar, tidak dapat pula dipastikan.
Namun, rata-rata rakyat Kedah cukup maklum dengan kerakusan pihak
yang mengidamkan jawatan Azizan dan sanggup berbuat apa saja untuk menjatuhkan
beliau. Ramai yang menyatakan bahawa
tidak boleh diketepikan yang Azizan telah diserang dengan menggunakan ilmu
hitam, selain dari ugutan dan ancaman secara langsung terhadap dirinya dan
keluarga.
Umum tahu bahawa pendekatan Azizan yang tegas membela Melayu dan
Islam tidak disenangi oleh sekutu PAS, iaitu DAP. Beberapa kali Azizan terpaksa bertelagah
dengan DAP yang mana berakhir dengan Azizan terpaksa akur dengan parti kafir
harbi tersebut apabila kepimpinan PAS pusat masuk campur.
Maka, tidak hairanlah jika DAP juga sanggup menaja pihak-pihak
tertentu untuk menentang Azizan.
Begitu juga dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah yang
masih terawang-awang mencari tempat bertapak.
Beliau juga dikatakan amat berdendam dengan Azizan dan Azizan juga telah
beberapa kali secara terbuka mengkritik pemimpin tersebut sebagai tidak layak
kerana terlalu ‘loklaq’ (tak senonoh).
Tidak mustahil pemimpin tersebut juga mempunyai dendam kesumat terhadap
Azizan dan ingin melihat beliau jatuh.
Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa Azizan adalah antara
pemimpin PAS yang tidak dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim. Beliau sebolehnya memastikan yang beliau
tidak akan berada dalam satu majlis dengan peliwat tegar tersebut kerana tidak
setuju dan tidak mempercayai ‘kesucian’ Anwar.
Beliau hanya akan duduk bersama dengan Anwar, jika majlis tersebut
dihadiri oleh kepimpinan PAS Pusat sekadar untuk menghormati kepimpinan PAS
Pusat.
Kesemua faktor ini, ditambah dengan ketamakan dan kerakusan
individu-individu tertentu meletakkan kedudukan Azizan dalam bahaya. Azizan dikelilingi manusia rakus dan gila
kuasa yang sanggup dibeli dan membeli dan membuat apa saja asalkan dapat
menjatuhkan beliau.
Walaubagaimanapun, Azizan terkenal dengan sikap yang tabah dan
memiliki kekuatan serta pengetahuan yang cukup untuk menghadapi serangan
musuh-musuhnya dari berbagai arah dan bentuk.
Namun, apakah Azizan mampu bertahan jika kepimpinan pusat sendiri
yang memberi tekanan agar beliau berundur?
Khabarnya, Azizan tidak akan berundur kerana bagi beliau, beliau
telah dilantik oleh rakyat dan hanya rakyat yang boleh ‘menurunkannya’. Malah, beliau juga telah bersedia dan
semakin sihat untuk menghadapi musuh-musuhnya yang selama ini dibiarkan tanpa
tentangan balas.
Nampaknya, beliau agak keberatan untuk membiarkan musuh-musuhnya
menang percuma.
Inilah yang memeningkan kepala parasit-parasit di dalam PAS yang
tidak sabar untuk melenyapkan terus sisa-sisa ulama yang ada di dalam
kepimpinan parti. Azizan juga pasti
sudah sedia maklum bahawa beliau tidak boleh mengharapkan beberapa kerat
‘Ulama’ yang tinggal di dalam PAS untuk membelanya kerana kesemua mereka nampaknya
sama ada sudah buntu, bingung atau mula termakan ‘nasihat’ parasit-parasit
tersebut.
Azizan kini bersendirian namun nekad untuk menjadi benteng
terakhir kepimpinan ulama di dalam PAS. (BB)
0 Komen