![]() |
| Gambar Hiasan |
Anggota Barisan Nasional (BN) perlu bersatu hati membentuk
'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas
Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu
Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan
sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.
"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To
Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke
Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat
'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.
"Sebab kitalah (BN) yang membangunkan Putrajaya, mereka tidak
layak sebab telah lakukan pembohongan
demi pembohongan...janji tidak pernah dikotakan dan banyak cerita-cerita mereka
yang masih tidak selesai," katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan
Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya di sini hari ini. Turut hadir isteri perdana
menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor.
Justeru itu, Perdana Menteri berkata secara simboliknya Umno
Bahagian
Putrajaya mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya, maka maju mundur
bahagian itu menjadi penentu kepada usaha untuk mempertahankan tampuk
pemerintahan negara.
"Jadi kita mesti suburkan kekuatan kepada Umno Putrajaya
sebab itu kita
mesti bersemangat, jangan rasa letih dan tidak boleh rasa
letih...jangan begitu, teruskan perjuangan kita.
"Pastikan yang kita tidak akan berundur walau seinci atau
sesaat pun... sebaliknya akan mara terus ke hadapan untuk menjamin masa depan
negara yang lebih hebat," katanya.
Najib berkata perjuangan Umno juga selari dengan pejuangan
kemerdekaan negara, walaupun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan
terpaksa mengemudi perjalanan yang payah.
"Banyak ramalan menyatakan negara akan menghadapi perjalanan
sukar untuk menjadi negara yang berjaya tetapi selepas 55 tahun kemerdekaan
ternyata ramalan itu meleset sama sekali dan hari ini negara masih dianggap
sebagai contoh dan model yang boleh diikuti negara lain," katanya.
Najib berkata kebanyakan anggota perwakilan Umno Bahagian
Putrajaya terdiri daripada generasi pasca merdeka dan oleh itu jangan lupa
intipati dalam perjuangan iaitu berkorban apa sahaja dan bersatu-padu untuk
mencapai kejayaan.
"Pada masa kini juga 45 peratus pengundi adalah generasi
muda, apakah pemikiran dan jangkaan mereka sama dengan generasi terdahulu.
Walaupun mereka lahir selepas merdeka dan mendapat pendidikan serta biasiswa
hasil daripada perjuangan Umno dan BN, persoalannya apakah dalam hati mereka
menyokong kita sepenuh hati," katanya.
Najib berkata itulah realiti dan persekitaran baru yang mesti
difahami, di samping perlu mengekalkan nilai-nilai lama dan menurutnya adaptasi
persekitaran baru juga amat penting kerana dalam demokrasi berparlimen tidak
wujud kekebalan politik.
"Walaupun pernah melalui mimpi ngeri pada (pilihan raya umum)
2008 tapi kita sudah bangun dari mimpi, bina semula kekuatan sikit demi sikit
dengan pengorbanan serta susah-payah.
"Jadi mari bersama-sama rapatkan barisan, teruskan perjuangan
bagi
memastikan tampuk pemerintahan kekal di tangan BN," katanya.



5:59 AM
8pFyd ghd hair straightener
iXmd michael kors tote
kRhg ghd nz sale
7wIcb cheap uggs
6gKkp ghd sale