Dari Lebih 30 Janji Manifesto, Hanya Satu Ditunaikan Di Selangor


Kerajaan pakatan pembangkang di negeri Selangor yang diterajui PKR, DAP dan PAS merupakan sebuah kerajaan yang pincang dan mempunyai pelbagai masalah kerana pakatan ini bukanlah satu pakatan yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat sebaliknya bersatu dalam satu pakatan untuk merasmpas kuasa dari Barisan nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Namun bila kuasa di tangan, pakatan ini bukan sahaja gagal memberikan khidmat yang terbaik malah tidak ada pembangunan dan kemajuan yang dibuat untuk rakyat.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, sepanjang Datuk Dr Zainal mewakili PKR di Parlimen Hulu Selangor,  tidak ada kemajuan atau pembangunan yang dibawa sedangkan kerajaan Selangor ketika itu merupakan kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan pakatan.  

“Janji mereka memang terlalu banyak, mereka kata nak buat pelbagai perkara. Tiga puluh (30) perkara lebih yang mereka keluarkan dalam manifesto, hanya satu sahaja yang dibuat, air percuma itupun tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Saya sendiri tertanya-tanya apa pembaharuan yang dibuat oleh pakatan ini di Selangor, khususnya di Hulu Selangor antara tahun 2008 hingga 2010. Mereka sendiri tidak dapat menjawab sedangkan Pengerusi Komunikasi mereka sendiri, Nik Nazmi dalam satu program pidato, beliau katakan banyak yang telah dibuat tetapi memberikan contoh iaitu membekalkan bekalan elektrik kepada satu perkampungan orang asli, tetapi bila saya tanya lebih dari itu, mereka tidak dapat senaraikannya,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, BN selepas menang pilihanraya kecil 2010 di Hulu Selangor, BN telah memulakan projek lebuhraya utara selatan di Sungai Buaya, kita mulakan projek SKC Kg Timah, telah membuat projek perumahan untuk orang-orang miskin di Kg Hassan, kita telah menunaikan janji untuk membina sebuah masjid di Sungai Tinggi, BN telah pun menunaikan janji untuk membina sebuah sekolah Tamil di Serendah, pembinaan sebuah sekolah Cina di Bukit Beruntung telah pun selesai.

“Saya boleh senaraikan, pelbagai inisiatif yang telah kita lakukan. Klinik 1malaysia telah kita tubuhkan, bukan satu tetapi ada 3 klinik 1Malaysia di Hulu Selangor, Kedai Rakyat 1Malaysia telah kita mulakan, ini semua janji kita. Perbezaan antara BN dan Pakatan ialah Bn akan menunaikan janji untuk memastikan rakyat didahulukan, pembangkang pula tidak akan menunaikan janji kerana mereka hanya mahu berkuasa semata-mata untuk tunjuk kuasa.

Rakyat harus faham bahawa pakatan ini hanya mahu menang pilihanraya semata-mata untuk berkuasa tetapi bila dapat kuasa, mereka tidak akan buat apa-apa, contohnya di Hulu Selangor. 2008-2010, tidak ada satu pun pembangunan dan kemajuan yang dibuat dan baru-baru ini, ada pengusaha-pengusaha perniagaan di Bukit Sentosa, kerana janji Tan Sri Khalid Ibrahim kepada mereka, kalau pakatan diberikan undi dan peluang, peniaga-peniaga ini akan dibantu tetapi sampai ke hari ini, tidak ada sebarang bantuan pun yang diterima,” ujarnya lagi.

Dalam PRU12 yang lalu, pakatan berjanji akan menurunkan cukai pintu, cukai tanah tetapi sebaliknya, dinaikkan pula. Adakah ini kerajaan negeri yang bertanggungjawab?

“Rakyat 1 Malaysia khususnya di Selangor harus sedar, kerajaan dan pemimpin pembangkang sebenarnya tidak ada apa-apa platform, tidak ada kebolehan dan keupayaan untuk menerajui kerajaan negeri Selangor. Kalau kerajaan Selangor ini pun dah kucar kacir dibuatnya, apa akan jadi kalau mereka diberika peluang untuk mentadbir kerajaan Malaysia ini. Kita tengok sahajalah apa yang berlaku di Unisel, contoh dia nak berikan pendidikan percuma tetapi di Unisel, tempat tinggal pelajar pun mereka tak dapat jaga, inilah kerajaan negeri yang dipilih rakyat untuk diberikan peluang tetapi mereka binasakan segala harapan rakyat begitu sahaja.

Kira harus sama-sama bangunkan negeri Selangor, saya harap rakyat akan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam PRU yang akan datang dengan memilih BN, sama-sama kita buat pembaharuan di negeri Selangor,” tambahnya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Puak haram jadah nie memang pandai berjanji ..... nak laksanakan atau tunaikan janji, jangan haraplah beb ....

Post a Comment