Dia 'Bangsat' ....... RM25juta Dana Pilihanraya Ke Mana?


Pendedahan demi pendedahan mengenai penyaluran dana asing khususnya bantuan dana Penyangak mata wang dunia, George Soros kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Suaram dan Institut Kajian Dasar (IKD) serta kepada Parti Keadilan Rakyat bukanlah sesuatu yang asing ataupun pelik, malah langsung tidak memeranjatkan, ujar Mursyidul Am Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip.

Mantan Naib Ketua Pemuda Keadilan Nasional ini juga mengakui, sebelum beliau keluar dari Keadilan, beliau ada mendengar Wan Azizah, Azmin Ali dan Tian Chua mengadap George Soros untuk meminta bantuan dana pilihanraya.

“Memang ada dan hari ini kenyataan yang dibuat oleh Dr Kua Kia Soong, Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram), bahawa tak salah mereka terima, mereka guna dana bantuan dari negara asing.

Pada saya, kenyataan ini lahir dari seorang yang bangsat, orang tua-tua pernah kata biar miskin tapi jangan bangsat. Dia anggap tak salah dia terima dana dari George Soros, seorang yang pernah merancang untuk menjahanamkan ekonomi dan negara ini. Pada saya, ini manusia yang paling bangsat yang pernah lahir dalam sejarah negara kini ini ,” ujarnya mengulas penyaluran dana dari George Soros kepada NGO dan PKR.

Tambahnya, orang ini adalah orang yang sanggup menerima sogokan dari orang yang nak menjahanamkan ekonomi negara kita dan sogokan itu digunakan untuk memporak perandakan negara ini.

“Ini bukan manusia, bukan seorang rakyat yang bertanggungjawab. Kesetiaan dia kepada negara boleh kita persoalkan,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau mengakui ada mendengar bahawa dalam pertemuan Wan Azizah dan Azmin Ali bersama George Soros tersebut, Keadilan menerima RM25 juta namun sehingga ke hari ini, tiada penjelasan dalam hal tersebut. 

“Dengar kata, George Soros bagi RM25juta untuk tabung pilihanraya. Saya tak dapat mengesahkan benda ini, tapi orang yang layak untuk mengesahkannya ialah saudara Ezam Mohd Noor. Tanya saudara Ezam, barangkali dia tahu.

Mereka ini kalau bab duit, walaupun dia Presiden parti, tapi bab duit, dia kemut sendiri sahaja duit tersebut. Kita kat bawah ini, tak pernah rasa pun duit ini. Duit pilihanraya kononnya. Tapi pegang duit, Azmin. Yang pegang duit Azizah. Tukang control duit ini, mereka anak-beranak. Kita yang kat bawah ini hanya jadi pencacai, pencacai tua pengangkat najis Anwar.

Kita terdedah kerana orang macam ini yang sanggup terima dana asing untuk porak-perandakan negara kita, orang yang sanggup menjual keamanan negara kepada orang luar, orang macam ini kalau dilantik sebagai pemimpin, kita berada dalam bahaya. Keputusan-keputusan penting yang melibatkan negara yang tidak secocok dengan pemberi-pemberi dana ini, mereka (pemberi dana ini) akan membuat keputusan kepada mereka (pemimpin yang menerima dana asing). Mereka akan jadi seperti ‘lembu dicucuk hidung’,” tambahnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

62 Komen

Post a Comment