Awal
minggu ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengeluarkan
satu kenyataan tentang kemungkinan untuk membatalkan perjanjian konsesi bekalan
air mentah dari Pahang ke Selangor yang kemudiannya telah mengundang kemarahan
ramai penyokong PR.
Kenyataan
MB Pahang itu sebenarnya ada kaitan langsung dengan Projek Penyaluran Air
Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang ditandatangani pada 22 Nov 2007 dan
merupakan pelengkap kepada projek Langat 2 yang masih hangat diperdebatkan tika
ini.
Menurut
Adnan, langkah tersebut akan dipertimbangkan sekiranya kerajaan PKR Selangor
terus mempolitikkan isu bekalan air dan masih berkeras enggan membenarkan
projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.
Tidak
semena-mena, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan
melalui Penyelarasnya, Azhar Achila mengecam MB Pahang itu yang disifatkannya
sebagai satu ugutan yang jika dilaksanakan bakal menyebabkan krisis air melanda
negeri Selangor.
Kebanyakan
khalayak pembaca yang memahami hujung pangkal isu air di Selangor tentunya
senyum sinis membaca kenyataan dangkal dari NGO pro PR yang diketuai oleh
pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin itu.
Manakan
tidak, baru sahaja 17 Julai lalu Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Ronnie
Liu dengan bongkak dan sombongnya mendakwa bekalan air mentah di Selangor lebih
dari mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di Lembah Klang.
Untuk
mengukuhkan hujahnya, Ronnie yang juga adalah pemimpin DAP negeri turut membawa
rombongan media ke beberapa batang sungai dan empangan yang dipenuhi air untuk
membuktikan bahawa tiada masalah air di negeri tersebut.
Jika
sudah demikian, apa perlunya untuk untuk SAMM mempertikaikan amaran dari MB
Pahang sedangkan pemimpin negeri Selangor sendiri sudah begitu yakin tiada
keperluan bergantung pada bekalan air mentah dari Pahang.
Malah
kira-kira dua tahun lalu pula pada 4 Ogos 2010, Menteri Besar Selangor Khalid
Ibrahim juga secara terbuka telah menolak mentah-mentah tawaran dari kerajaan
negeri Pahang yang mahu membantu Selangor dalam usaha berhadapan dengan
jangkaan krisis air di negeri tersebut.
Kata
Khalid, tiada keperluan segera untuk menerima air mentah dari Pahang kerana
bekalan air mentah di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019. Bagi Khalid, soal
penyusunan semula syarikat bekalan air jauh lebih penting berbanding risiko
krisis air yang diramalkan berlaku pada 2014.
Jadi,
teramat kena pada masanya dan amat elok sekali untuk kerajaan Pahang batalkan
saja bekalan air mentah ke Selangor sementelah lagi kerajaan Selangor sendiri
pun tetap berdegil dan begitu ego sekali. Orang dah taknak, buat apa lagi
diteruskan penjanjian konsesi, tak begitu?
Berdasarkan
keyakinan MB Selangor dan Exconya itu, sepatutnya tidak perlu ada kebimbangan
dari pemimpin PR mahupun mana-mana NGO mereka berhubung kenyataan 'ugutan' dari
MB Pahang.
Kecualilah
sudah termaktub sejak azali bahawa NGO pro PR itu yang diketuai oleh pemimpin
PKR, Badrul Hisham Shaharin sememangnya sudah melampau-lampau kebodohannya
apabila mengulas isu tanpa membuat analisis yang mendalam.
Tambah
bodoh lagi apabila ramai penyokong PAS dan PKR yang turut sama menyokong
kenyataan dari SAMM sekaligus mendedahkan betapa ceteknya pemikiran seseorang
individu setelah dirinya menjadi penyokong pakatan pembangkang. (BB)
2:21 AM
6tPzs ghd hair
mLvl michael kors handbags
hPvq ghd nz
9iQkz ugg boots sale
7wEic ghd stockists uk
6:08 PM
yZpf coach outlet
pCch cheap uggs
fTjj michael kors handbags
3pJor ugg boots
2bYxp chi
9vXsx michael kors outlet
6dAlq nike nfl jerseys
0tLso coach outlet
2rWgf north face outlet
4sKmy comprar ugg online
4zRmu mini ghd
5fRqx michael kors
1pAme nfl jerseys
2wNdl ghd
7bJrj discount ugg boots