Kemampuan Bank Negara Pantau Kemasukan Dana Asing Yang Meragukan Dipersoal


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berpandangan bahawa kemasukan dana asing ke negara ini adalah sesuatu yang baik jika ianya dalam bentuk pelaburan asing.

Ujarnya, kita tahu dana asing juga akan digunakan untuk tujuan pembangunan insan di bawah panji-panji United Nations (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) dan lain-lain pertubuhan yang diiktiraf.

“Segala aktiviti ini sememang dipersetujui dan dipantau selain dipastikan ianya selaras dengan undang-undang serta budaya negara kita.

“Dalam isu ini, saya agak keliru dengan tahap kemampuan atau competency pihak Bank Negara Malaysia dalam pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang kita.

Kes terbaru melibatkan penyaluran dana asing kepada pertubuhan tidak berdaftar seperti Suaram menimbulkan beberapa persoalan yang agak merisaukan. Apakah Bank Negara sedar atau tidak tentang kemasukan dana berjuta-juta ringgit ini?,” ujarnya mengulas kemasukan dana asing kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Suaram.

Soalnya, jika Bank Negara tahu akan jenayah ini, kenapa sehingga hari ini belum ada apa-apa siasatan atau tindakan terhadap dalang-dalang ini?

“Jika Bank Negara sememangnya tidak tahu akan jenayah ini, saya mendesak Kerajaan menubuhkan satu badan baru khusus menyiasat jenayah penyaluran sebegini kerana nyata pihak Bank Negara tidak mampu menjalankan tugas mereka menguatkuasakan Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA).

Penyaluran dana asing secara haram kepada golongan yang secara terang-terangan terlibat dalam gerakan anti-kerajaan adalah satu ancaman ke atas keselamatan negara kita. Ini bukan isu politik tapi isu keselamatan negara,” tambahnya lagi.

Tambahnya, ianya adalah satu gerakan subvertif moden. Ini dikatakan gerakan subvertif kerana kegiatan sebegini telah terbukti menyebabkan huru-hara dan keruntuhan beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika.

Malah telah ada pertubuhan subvertif yang berselindung di sebalik ‘human rights’ atau kebebasan yang telah diusir keluar dari Mesir dan juga Rusia.

“Kita tidak perlu menunggu sehingga nasi menjadi bubur seperti di Mesir sehingga jalan-jalanraya kita dipenuhi rakyat yang diperdaya kuasa asing. Ini adalah satu ancaman keselamatan yang serius. Saya ingin mendesak agar pihak Bank Negara menjelas status sebenar kes-kes penyaluran dana asing secara haram ke dalam negara kita.

Saya pasti rakyat Malaysia mahu pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya. Hanya pengkhianat sanggup berdiam diri bila negara sendiri diancam anasir luar,” ujarnya ketika ditemui di Lobi Dewan Rakyat petang tadi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Sudah komen sebelum ini tentang dana dari luar yang masuk kenegara ini seolah olah tidak diketahui sumber dan penerimanya oleh BNM. Jelas kelihatan pentadbiran DS Najib seolah tidak mampu menangani masalah kemasukan dana yang 'meragukan' dari luar negara. Mungkin tahap kerosakan tidak begitu ketara sekarang. Tapi kes kes terbaru yang didedahkan baru baru ini jelas memperlihatkan bahawa kegagalan untok mengawal keadaan daripada terus berulang dimasa hadapan akan mendatangkan kesan buruk kepada negara kerana dana tersebut akan digunakan sebagai 'senjata' oleh pihak pihak tertentu untok memburuk burukkan reputasi dan kredabiliti Kerajaan yang sah dinegara ini.

Post a Comment