Kawasan takungan air yang tidak diselenggara punca banjir teruk- Satim



Kawasan takungan air yang tidak diselenggara dengan betul termasuk sistem perparitan tidak diurus dengan baik menjadi punca banjir teruk yang berlaku di kawasan Taman Sri Serdang dan Taman Serdang Indah, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, melalui pemantauan awal yang dilakukannya mendapati dua perkara itu menjadi punca utama berlaku banjir teruk dan mahu kerajaan negeri mengambil langkah efektif untuk menyelesaikan masalah itu.

Katanya, pembangunan sekitar kawasan itu yang semakin pesat perlu diambil kira dengan memastikan keseluruhan longkang diselenggara dengan betul supaya kejadian seperti itu tidak lagi berlaku.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang mentafsir jumlah kerugian yang dialami oleh penduduk kawasan terbabit sebelum diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya.

“Bentuk bantuan yang akan disalurkan kerajaan pusat masih belum diketahui dan pada waktu ini kita sedang mencatat jumlah kerugian keseluruhan penduduk bagi membolehkan bantuan disalurkan secepat mungkin,” katanya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

57 Komen

Post a Comment