Manifesto Bukan Satu Perjanjian- Kenyataan Tidak Beretika Pakatan Pembangkang – Ahmad Maslan


Manifesto bukan satu perjanjian, satu lagi pembohongan dari pemimpin pakatan pembangkang, bagaimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bercakap bahawa manifesto pilihanraya itu bukanlah satu janji yang perlu ditepati, ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

“Saya berpandangan kalau ada rakyat Selangor yang rasa teraniaya akibat dari janji yang tidak ditepati, itu terpulang kepada mereka untuk menyaman kerajaan negeri sebagaimana yang berlaku terhadap kumpulan mereka yang tidak mendapat air percuma.

Memang air percuma merupakan janji mereka tetapi di rumah pangsa, di kondo yang guna meter pukal sebagainya, itu merupakan rakyat yang sukar sebenarnya kehidupan, itu yang tak dapat. Jadi itu merupakan hak mereka untuk menyaman,” ujarnya mengulas kenyataan Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa manifesto bukanlah satu perjanjian sehingga menyebabkan sebahagian rakyat Selangor yang tidak menerima janji air percuma menyaman kerajaan negeri Selangor.

Tambahnya, kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang tidak beretika, namun ada sesuatu yang dapat dipelajari dari kenyataan dan peristiwa tersebut.

“Apa yang kita belajar dari situ? Apa yang dapat kita belajar ialah jangan percaya dengan pemimpin pembangkang yang berjanji. Kalau mereka buat Buku Jingga, buku tersebut merupakan manifesto pilihanraya mereka, jadi jangan percayalah sebab pada mereka janji manifesto pilihanraya adalah janji yang tidak perlu ditepati.

Kalau itulah falsafah, fahaman pemimpin kanan pembangkang, Menteri Besar sebuah negeri yang penting bahawa manifesto pilihanraya adalah satu janji yang tidak perlu ditepati, maka kita tinggalkanlah pembangkang dengan segala janji-janji kosong mereka itu,” tambahnya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

62 Komen

Post a Comment