Sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik apabila Pengerusi DAP
Perak, Datuk Ngeh Koo Ham meremehkan protes besar-besaran terhadap filem
Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW.
Kita sedia maklum bahawa pendirian DAP itu ialah anti-Islam dan
anti-Melayu, maka apa yang dinyatakan oleh Ngeh di twitternya adalah konsisten
dengan pendirian partinya. ‘Kesilapan’
Ngeh, hanyalah kerana menyatakannya kepada umum sedangkan DAP bersusah payah
menafikannya.
DAP tidak pernah mempunyai sensitiviti terhadap agama dan kaum
lain. Ini adalah hakikat yang nampaknya
masih ada yang tidak dapat memahaminya.
Perjuangan DAP adalah untuk kaumnya mendapat keuntungan maksima dari
segala segi, di negara kita yang tercinta ini.
Itu saja.
Buktinya boleh dilihat dari sikap DAP dalam menangani isu-isu
semasa. Jika masjid yang disimbah cat
oleh anak Cina, ia adalah kenakalan anak-anak kecil. Tetapi jika tokong, kuil atau gereja yang
menjadi sasaran yang sama, DAPlah orang yang pertama memprotes dan menjadikan
isu tersebut sebagai isu perkauman yang amat serius.
Bukan kerana DAP prihatin sangat terhadap agama Buddha, Hindu atau
Kristian tetapi kerana DAP ingin mencetuskan permusuhan sesama kaum,
terutamanya membangkitkan kebencian terhadap kaum Melayu dan Islam. Semuanya dengan matlamat untuk menjatuhkan
kerajaan Melayu Islam.
Begitu juga dengan kes wanita Melayu yang dipaksa berbogel dalam
tahanan pihak berkuasa tetapi disangka DAP sebagai wanita Cina. Riuh rendah DAP memperjuangkan hak wanita
tersebut sehinggalah mereka mendapat tahu identitinya iaitu seorang Melayu,
maka DAP pun diam membisu.
Dan jangan kita lupa bagaimana pemimpin DAP masuk ke rumah orang
Melayu tanpa membuka kasut, konon dalam lawatan ‘prihatin’ terhadap
rakyat? Gambar lawatan ini telah pun
tersebar luas di internet dan DAP tidak mampu menafikannya lagi. Jika ini bukan bukti sifat biadap, tidak
hormat dan tidak sensitive terhadap budaya dan agama kaum majoriti di negara
ini, apakah ia?
Nampaknya, dasar tertutup negara nenek moyang mereka dahulu
menjadi akar yang kuat yang membentuk sikap pemimpin dan penyokong DAP. Dasar tersebut, secara tidak langsung telah
membentuk sikap tidak peduli dan tidak prihatin terhadap segala sesuatu yang
tiada kena mengena dengan diri, keluarga dan kaum mereka.
Oleh itu, pernahkah kita mendengar DAP turut prihatin dengan nasib
rakyat Bosnia, Palestine atau Rohingya?
Pernahkah DAP memperjuangkan atau menunjukkan sensitiviti terhadap
sesuatu isu yang di luar skop politik, iaitu yang tidak memberi keuntungan
kepada kaumnya tetapi atas dasar kemanusiaan semata-mata?
Tidak, kerana DAP tidak pernah
ambil peduli terhadap kaum dan agama lain.
Malah, sifat kemanusiaan DAP juga sukar untuk dikesan.
Di Pulau Pinang, DAP sanggup merobohkan kampung, merampas tanah
dan menutup pintu rezeki peniaga-peniaga kecil tanpa berfikir panjang,
semata-mata kerana mereka bukan berbangsa Cina. Dan ini hanyalah 1% dari sifat kejam DAP
yang ditonjolkan. Bayangkan jika kuasa
berada di tangan mereka sebanyak 50%? atau 80%? atau 100%?
Dengan sikap DAP ini, kita tidak harus terkejut apabila Ngeh
menyatakan yang memprotes penghinaan terhadap Rasulullah SAW adalah membuang
masa dan tenaga.
Jelas, Ngeh hanya berlaku jujur meluahkan rasa hati sebenar
ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP yang selama ini dinafikan mereka.
DAP boleh menafi yang kenyataan Ngeh adalah merupakan cerminan
pendirian parti mereka, tetapi rakyat boleh menilai sendiri siapa DAP dari
rekod sejarah parti tersebut.
0 Komen