Sidang Dewan
Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini hangat apabila kerajaan negeri
dipersoal mengenai cadangan anak syarikat kerajaan negeri, Worldwide Holdings
Bhd. (Worldwide) yang didakwa mahu menjual 100 peratus saham mereka berjumlah
RM150 juta kepada syarikat bukan bertaraf Bumiputera.
Persoalan
itu dikemukakan oleh Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) yang mana walaupun penjualan
tersebut difahamkan masih belum dimuktamadkan, namun ia dilihat satu cubaan
untuk menjual aset milik kerajaan negeri.
Jelasnya,
berdasarkan cadangan tersebut, beliau dimaklumkan bahawa saham worldwide yang
mana 100 peratusnya dipegang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan dijual
kepada sebuah syarikat baru yang ditubuhkan pada 26 Mac 2012, Worldclass Title
Sdn. Bhd. (Worldclass).
Menurutnya,
worldclass dimiliki oleh dua pemegang bukan Bumiputera dengan modal berbayar
RM2.
"Bagaimanapun,
pada 25 Mei 2012, kedua-dua pemegang saham dan Pengarah syarikat Worldclass
meletak jawatan dan diganti dengan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar
(Korporat) PKNS.
"Namun,
mereka (dua pemegang saham Worldclass) masih lagi kekal sebagai pemegang saham.
Ini bermakna, syarikat tersebut masih lagi dimiliki mereka berdua,"
katanya ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2013 di sini hari ini.
Pada masa
yang sama, Abdul Shukor turut bertanya kepada kerajaan negeri mengenai motif
sebenar cadangan Worldwide itu mahu menjual 100 peratus saham mereka kepada
Worldclass.
Selain itu
beliau turut mempersoalkan pelantikan Pengurus Besar PKNS dan Timbalan Pengurus
Besar (Korporat) PKNS untuk menjadi pengarah kepada syarikat yang masih
dimiliki sahamnya oleh dua orang pengarah bukan bumiputera sama ada amalan itu
dibolehkan atau sebaliknya.
"Rakyat
sangat bimbang apabila sejak akhir-akhir ini ketika Pilihan Raya Umum ke 13
menjelang hampir, semakin banyak transaksi cuba dilakukan, adakah tindakan
tersebut untuk menjana dana politik," soalnya.
Dalam pada
itu, Abdul Shukor turut mempersoalkan langkah PKNS memindahkan lima aset
komersialnya kepada sebuah anak syarikat penuh, Private Real Estate Company
(PREC) bagi meningkatkan lagi kecekapan pengurusan.
Lima aset
tersebut ialah ialah Kompleks PKNS Shah Alam, Wisma Yakin, Kompleks PKNS di
Bangi, Menara PKNS di Petaling Jaya dan SACC Mall di Shah Alam bernilai RM321
juta.
Jelas Abdul
Shukor, difahamkan PKNS akan menerima bayaran wang tunai sebanyak RM100 juta
daripada pemindahan aset-aset tersebut manakala bakinya sebanyak RM221 juta
dibayar melalui penjualan dan penyerahan harta saham biasa bernilai RM1 sesaham
milik anak syarikat itu.
Bagaimanapun
katanya, pemindahan tersebut dilihat mengelirukan dan menimbulkan banyak
spekulasi memandangkan beliau difahamkan pemindahan aset-aset tersebut
sebenarnya bukan kepada PREC, tetapi kepada sebuah syarikat lain iaitu Central
Holdings Berhad.
"Syarikat
mana sebenarnya yang akan membeli dan menguruskan aset-aset tersebut. Siapakah
Lembaga Pengarah dan berapa banyakkah modal berbayar. Difahamkan pemindahan
aset itu bukan kepada PREC, tapi syarikat lain iaitu Central Holdings Bhd.
"Realitinya,
wujud perbezaan yang besar di antara PKNS, PREC dan Central Holdings Bhd. PKNS
adalah sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan pengurusannya dipantau ketat
pentadbiran Selangor dan Perbendaharaan Malaysia, sedangkan PREC tidak banyak
tertakluk kepada kawalan terus Kerajaan negeri dan Perbendaharaan Malaysia.
"Selain
itu, tiada jaminan bahawa PREC akan terus menjadi milik PKNS. Malah, PREC juga
terdedah kepada risiko dibeli oleh pihak swasta atau individu melalui proses
'management buy-out'," jelasnya.
Jelasnya
lagi, sekiranya PREC dibeli oleh pihak swasta, ia bermakna aset-aset tersebut
tidak lagi menjadi milik PKNS dan rakyat Selangor.
Sumber:
Utusan Malaysia
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone



8:49 AM
This information is worth everyone's attention.
Where can I find out more?
Feel free to visit my webpage; does silkn flash and go hair removal device work