Wacana & Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012


Persidangan Agung tahunan UMNO pada tahun ini akan tampil dengan satu pendekatan baru apabila adik-adik yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dapat bersama-sama merasai kehangatannya melalui Wacana & Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 pada 24-25 November ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi, Datuk Razali Ibrahim berkata, selepas pindaan akta universiti dan kolej, sekatan kepada generasi muda khususnya di Institusi Pengajian Tinggi telah pun dihapuskan.

Ini bermakna mereka boleh terlibat dalam politik tetapi bukan di dalam kampus, ini adalah mustahak untuk kita lihat bagaimana seorang belia yang tidak berada di dalam universiti, umur 23 tahun tidak kira di kampung ataupun di bandar boleh terlibat di dalam arena politik, tetapi mereka yang di universiti tidak boleh, tetapi sekarang ini dah boleh.

Kita lihat pindaan ini dapat memberi kesedaran kepada kepimpinan dalam parti di peringkat yang paling bawah dan kita mempelawa sebagai ramai pelajar-pelajar kita di universiti untuk terlibat.

“Dalam masa yang sama, peranan orang muda yang semakin meningkat dan kita mahu juga turut dimainkan oleh mereka yang cerdik pandai ini dan saya ingin mengambil kesempatan, telah pun berbincang dengan Majlis Tertinggi UMNO, dengan JK pengurusan untuk kita menjemput atau menyediakan platform untuk para pelajar kita ini yang telah sekian lama dahagakan peranan mereka ditagih, untuk tampil bersama-sama dalam Perhimpunan Agung UMNO supaya mereka dapat melihat sendiri apakah itu UMNO dan bagaimana UMNO mengendalikan perhimpunan tahunan mereka.

“…..dan kita harap, dari segi ini mereka dapat menyumbang pemikiran dan menyumbang tenaga, dapat sama-sama terlibat secara aktif atas kapasiti mereka sebagai anak muda dalam negara yang berada di dalam institut pengajian tinggi.
“Ini bukan soal kita mahu menjadikan mereka sebagai seorang ahli politik, tetapi kita mahu mereka mempunyai pengalaman dan kemudiannya, mereka boleh membuat keputusan apakah  yang dibuat oleh UMNO selama ini dapat mereka fahami, dan buat keputusan untuk bergiat aktif,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, dengan cara ini, kita dapat sumber daripada satu kelompok belia yang selama ini dinafikan hak disebabkan ada akta yang menyekat mereka bergiat aktif dengan mana-mana parti politik.

“Kita tidak akan pergi ke semua universiti, mencari mereka tetapi kita akan menyediakan platform untuk mereka sendiri secara sukarela untuk tampil dan bersama-sama dengan UMNO, bersempa dengan PAU 2012, dan ini adalah julung-julung kali mereka dapat bersama, malahan apa yang lebih menarik, para pelajar ini akan dapat berjumpa dengan rakan sebaya mereka yang belajar di luar negara yang selama ini dapat terlibat melalui Kelab UMNO Luar Negara kerana tiadanya AUKU yang menyekat, kerana mereka belajar di luar negara.

Mereka merupakan rakan sebaya yang tidak ada bezanya, ini adalah peluang yang bagi saya perlu direbut oleh semua para pelajar yang selama ini pun mengharapkan bahawa AUKU yang menyekat, dapat ditiadakan,” tambahnya.

Program ini akan bermula dengan Wacana Kepimpinan Mahasiswa Nasional IPT pada 24 Nov di Dewan Tun Hussein Onn bermula jam 9.30 pagi hingga jam 5 petang.

Pada sessi 1, Datuk Rauf Yusoh akan menyampaikan ucapan bertajuk “Memperkasa Bangsa Dan Masa Depan Orang Melayu” dan pada sesi kedua bertajuk “Kepimpinan Muda Dalam Arus Transformasi Negara Masa Kini”.

Pada sesi kedua ini, beberapa panel akan bersama seperti  Ybhg Dato’ Fuad Bin Tan Sri Hassan, YM Datuk Raja Arif Bin Raja Ali, Ketua Pengarah Biro Tatanegara dan YBhg Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, VC UiTM.

“Kita mengharapkan YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri akan dapat hadir bersama-sama memberikan ucaptama pada Konvensyen kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 pada 25 November di Dewan Merdeka.

Jika pada tahun sebelum ini, YAB Presiden telah menyampaikan amanat kepada kepimpinan muda sayap-sayap parti dan tahun yang terdahulu, YAB Presiden juga telah berjumpa dengan rakan-rakan NGO yang bersama-sama dalam aspirasi perjuangan UMNO, kali ini saya mengharapkan penglibatan pimpinan mahasiswa  selepas kali pertama selepas AUKU tiada, dapat memberikan ransangan kepada mereka, Insya-Allah YAB Presiden akan memberikan kata-kata amanat, peransang dan harapan kepada kelompok anak muda di kalangan mahasiswa-mahasiswi dalam dan luar negara,” ujarnya lagi.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

53 Komen

Post a Comment