Hamas Iktiraf Peranan UMNO Sokong Palestin, Gerakkan Bantuan Kemanusiaan

Sakit hati Hadi Awang, bengkek hati Nik Aziz ….

Hari ini HAMAS menghargai jalinan yang dilakukan oleh UMNO dalam melaksanakan usaha mengembling rakyat Malaysia untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menggerakkan bantuan kemanusiaan.

Ketua Hubungan Antarabangsanya, Osama Hamdan menyatakan bahawa keseluruhan anggota dalam UMNO memberikan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestindi Semenanjung Gaza.

“Sebagai sebuah parti Islam, UMNO sentiasa bersikap terbuka dan menghulurkan tali persaudaraan dengan semua bangsa apatah lagi yang beragama Islam termasuklah perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

Jelasnya, keseluruan anggota dalam UMNO memberikan sokongan penuh terhadap perjuangan rakyat Palestin, menyokong perjuangan Islam, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Hamas dan mempunyai hubungan yang baik dengan keseluruhan rakyat Palestin tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“UMNO dan rakyat Malaysia melalui kepimpinannya Presiden parti yang juga Perdana Menteri sentiasa mengharapkan situasi dalam negara bergolak akan aman.”

Hamas adalah antara 23 parti politik yang hadir dalam Forum Antarabangsa bertajuk ‘Budaya Demokratik Baharu Dalam Landskap Politik Sekarang’ sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung selama dua hari di PWTC bermula hari ini.

Turut hadir bersama beliau ialah Dr. Khaled Qadomi dari Jabatan Hubungan Antarabangsa selain Al-Fatah yang dianggotai oleh Dr. Abdullah M.I. Abdullah dan Heyam M.A. Saada.

Sumber: MediaUMNO



Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment