Rakyat
Selangor di peringkat akar umbi mula hilang sabar dengan gelagat pembangkang
yang masih tidak menunaikan janji manifesto mereka, walaupun telah empat tahun
memerintah negeri itu.
Ketua UMNO
Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata sikap pembangkang yang sering
berdolak-dalik daripada menunaikan janji-janji dalam manifesto mereka boleh memakan
diri pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
“Di mana
kami pergi mereka (rakyat) menyuarakan tidak sabar menunggu pilihan raya
diadakan untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya semasa
ditemui selepas mendengar amanat Presiden UMNIO, Datuk Seri Najib Tun Razak
pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini Selasa.
Beliau
berkata perasaan muak rakyat itu kini jelas dilihat apabila mereka mula
menuntut janji-janji kerajaan Selangor pimpinan pembangkang itu melalui saluran
perundangan.
Baru-baru
ini 2,020 ibu tunggal menuntut di mahkamah tunggakan elaun untuk ibu tunggal
yang dijanjikan kerajaan pakatan pembangkang dan penghuni pangsapuri yang
menggunakan meter pukal juga menuntut supaya mereka dibayar tunggakan kerana tidak
menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama, katanya.
1:01 PM
Tu la selangor.aposal bodo sgt nk tiru klate g undi pembangkang hok confirm bodo n x pege janji tu buat gapo.kami rakyat klate pun tahu doh kami ditipu.tahun ni adalah thun last utk pas perintah klate.pru13 jgn harap.gelombang perubahan cukup kuat pd kami ore klate sremo.rato2 penyokong nik ajis pork doh sedar bhawasanyo pork nik ni corrupt lbih dr ore umno hok dio tduh corrupt.mati la pas