UMNO Doa Mohon Pas Dibukakan Pintu Ke Arah Kebenaran



Walapun Pas mendoakan kemusnahan dan kehancuran terhadap UMNO, namun parti itu dalam perhimpunan agungnya tidak sama sekali bertindak balas malah turut mendoakan kebaikan kepada musuh politiknya itu.

Pada majlis Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka di sini, Selasa malam,  doa yang dibacakan oleh Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Afandi Mohd langsung tidak mendoakan kemusnahan Pas.

Sebaliknya mendoakan agar dibukakan pintu hati mereka untuk kembali ke jalan Allah dan kembali kepada kebenaran serta menggerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam.

Berikut isi kandungan doa tersebut :

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada malam yang penuh keberkatan ini, kami menadah tangan, memohon kehadrat-mu Ya Allah, agar majlis Perasmian Persidangan Perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh pemimpin kami YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO dianugerahkan hidyah dan taufik, agar urusan kami berjalan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.

Ya Allah, di atas bahu kami ada tanggungjawab dan amanah yang berat, anugerahkanlah kepada kami keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman yang tidak ada nabi dan rasul ini, Ya Allah, perlihatkanlah kepada yang benar itu benar, supaya kami dapat mengikutinya dan perlihatkanlah ‚yang batil itu batil‘ supaya kami dapat menjauhinya.

Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui pada hari ini kami menghadapi tentangan dan cabaran yang amat hebat, baik dari musuh yang terang, mahu pun musuh yang tersembunyi, malah apa yang lebih memedihkan hati kami, apabila ancaman dan kebiadapan terhadap agenda ummah dan bangsa, dilakukan oleh mereka yang keliru dan terpedaya dikalangan kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, bukalah pintu hati saudara-saudara kami di dalam Pas, untuk kembali ke jalanmu Ya Allah…kembali kepada kebenaran.

Engkau gerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam bagi sama-sama memartabatkan agamamu Ya Allah, bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta.

Ya Allah berikanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi segala musibah ini, dihadapan kami, menanti medan pilihan dan penilaian rakyat, iaitu Pilihan raya umum ke-13, kurniakanlah kami kekuatan, untuk mempertahankan amanah ketuanan Melayu Islam, ditanah air kami.

Berikanlah kepada kami keupayaan untuk bersiap siaga, dengan hemah yang tinggi, hati yang bersatu, jiwa yang luhur, serta kesetiaan yang kukuh, dan akhirnya dijunjung perjuangan yang getir ini. Ya Allah, berikanlah kepada kami kemenangan dalam perjuangan ini.

Kurniakan kami, segala kecekalan hati, keteguhan tekad, kesungguhan azam, dan kebijaksanaan fikiran kepada sekalian pemimpin UMNO, terutama Presiden UMNO beserta timbalan serta seluruh kepimpinan dan sekalian ahli UMNO yang lainnya. Kepada mu jua kami bertawakkal dan menyerah diri, ditangan Mu jua pemutus dan penentu segala-galanya.

Ya Allah hidupkan kami dengan Islam, matikan kami dalam Islam, akhirilah hayat kami ini dengan Husnil Khatimah dan dengan kalimah La ilahaillallah Muhammadun Rasululullah. 


- UMNO-Online
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. Anonymous
    10:09 AM

    Ya Allah jadikan lidah-lidah dan tangan-tangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO di dalam PAU 2013 sebagai lidah-lidah dan tangan-tangan yang memecahbelahkan perpaduan gerakan ahzab mereka. Ya Allah jadikanlah lidah-lidah dan tangan-tangan pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN sebagai lidah-lidah dan tangan-tangan yang menjauhkan rakyat daripada mereka, dan sebaliknya mendekatkan rakyat untuk bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang aman, makmur, adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya.

  2. Anonymous
    10:19 AM

    Ya Allah jadikan lidah-lidah dan tangan-tangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO di dalam PAU 2012 sebagai lidah-lidah dan tangan-tangan yang memecahbelahkan perpaduan gerakan ahzab mereka. Ya Allah jadikanlah lidah-lidah dan tangan-tangan pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN sebagai lidah-lidah dan tangan-tangan yang menjauhkan rakyat daripada mereka, dan sebaliknya mendekatkan rakyat untuk bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang aman, makmur, adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya.

  3. Elok lah tu setan mendoakan untuk kehancuran setan

  4. Anonymous
    11:07 AM

    sedara anon 10.19 am...tak tergamak aku nak mengaminkan doa mu itu kerana didalam Pakatan Rakyat itu ada kaum yg mengamalkan aktiviti seks songsang (LGBT), ada kaum yg membenci islam dan ada kaum yg ingin melihat saudara seagama islam di hancurkan oleh Allah (KO BN, BN KO)....cuma yg ku sanggup berdoa ialah agar sedara di laknat oleh Allah dengan sebab doa mu itu....dan darah mu itu halal bagiku...kerana sesungguhnya kamu lah musuh islam yg sebenarnya ...jelas dan nyata...

  5. Anonymous
    2:57 PM

    Tak tergamak nak aminkan doa 1019 sebab LGBT, sebab doa?.... macamlah puak UMNO tu bagus sangat... pergi tanya Hishamuddin tu apa dia pernah buat? Pergi tanya Najib apa yang dia pernah buat? Pergi tanya Rais apa dia pernah buat? Pergi tanya penkid Johor tu apa yang telah dia buat? Bermaruah dan bermoral sangatkah apa yang mereka telah buat?????

    Kemudian cuba kau tanya diri kau, siapakah yang berulang-ulang kali di dalam PAU menghasut agar diambil tindakan ke atas Ibrahim Libya?... Sehingga menyebabkan dia dan pengikutnya syahid? Bukankah ini Melayu bunuh Melayu?

    Siapakah yang menghalang royalti minyak dari dibayar kepada Kerajaan Kelantan? Bukankah ini Melayu khianat Melayu?

    Sesungguhnya aku mendoakan kehancuran UMNO/BN kerana khianat kamu ke atas kami dan aku mengaminkan doa Anon 1009 dan doa Anon 1019.

Post a Comment