Yayasan Selangor Pun 'Dimurtadkan' Kerajaan Selangor

Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor hari ini melahirkan rasa kesal dan kecewa apabila Yayasan Selangor hari ini telah jauh menyimpang dari asas perjuangannya yang bertujuan untuk membantu anak-anak Selangor dalam bidang pendidikan khususnya kepada anak-anak di luar Bandar.

Presidennya, Kapten (B) Azme Dollah berkata, pembinaan asrama-asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur, bermula tahun 1971 adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak Selangor bersekolah di sekolah-sekolah Premier seperti Victoria Institution, St John, Convent Bukit Nenas dan Sekolah Aminuddin Baki.

“Di samping mendapat pendidikan terbaik, pelajar juga dapat menyertai ko-kurikulum bertaraf premier seperti pancaragam dan pelbagai aktiviti sukan. Namun, kami sedih apabila pihak alumni dimaklumkan bahawa Asrama Asrama Tun Dr. Ismail  dan Asrama Toh Puan Norashikin  di Kampung Pandan A akan ditutup, selepas tamat peperiksaan SPM 2012 ini.

Para pelajar timgkatan 2 dan tingkatan 4 sebelum ini telah diarahkan berpindah keluar dari asrama, awal tahun 2012 lagi. Kami menerima banyak berita sedih dari keluarga pelajar yang anaknya terpaksa berpindah semula ke sekolah luar Bandar setelah bersekolah di sekolah-sekolah ‘premier’. Ini sedikit sebanyak pasti memberi tekanan kepada para pelajar dan keluarga mereka,” ujarnya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, alumni ini berpendapat bahawa kedua asrama ini adalah di atas rancangan kerajaan Pakatan di Selangor untuk membangun tapak ini bagi mendapatkan pulangan wang.

“Sehubungan dengan itu, kami membantah keras tindakan penutupan kedua asrama ini berdasarkan beberapa faktor, pertamanya kerana Yayasan Selangor dan kerajaan negeri tidak sepatutnya menghapuskan hak pendidikan anak luar bandar Selangor di Kuala Lumpur hanya kerana keuntungan kewangan kerana piagam dan matlamat utama Yayasan Selangor itu sendiri adalah untuk memantapkan pendidikan anak-anak Selangor.

 Jika wang dijadikan ukuran, mengapa pula sekolah-sekolah Cina dan sekolah Premier seperti Victoria Institution, St John dan Convent Bukit Nenas yang mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi tidak ditutup dan dibangunkan. Asrama Felda di Datuk Keramat juga masih berdiri kukuh yang mana asrama ini dulu mengambil contoh dan pendekatan Asrama Yayasan Selangor,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, janji Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki yang menjanjikan sebuah sekolah berasrama penuh di Ijok sebagai penganti pada tahun 2013, juga menjadi tanya tanya kerana janji tersebut tidak disokong dengan sebarang surat kelulusan dari Kementerian Pelajaran.

“Lebih menghairankan, Ilham juga memohon untuk menempatkan pelajar-pelajar yang sebelum ini tinggal di kedua asrama tersebut ke asrama-asrama Victoria Institution dan Sekolah Aminuddin Baki.

Tindakan Ilham ini adalah satu jenaka umpama ‘rumah sendiri dijual untuk dapat duit yang banyak, tapi anak bini di tumpang di rumah orang. Jika tidak diberi, dikatakan orang lain tidak mahu memberikan kerjasama atau membantu mereka’. Di mana logiknya tindakan Yayasan Selangor ini?

Yayasam Selangor juga dikatakan mempunyai jumlah simpanan tetap sebanyak RM51 juta, ianya kenyataan yang dikeluarkan sendiri Pengurus Besar Yayasan Selangor. Yayasan juga mempunyai banyak aset lain seperti tanah tanaman sawit di Pulau Carey seluas 1500 ekar dan bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang. Justeru itu, tindak nampak kenapa Yayasan perlu dikomersilkan selain  mendokong matlamat utama penubuhan iaitu pendidikan,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Alumni berpendapat bahawa Yayasan Selangor hari ini telah bertukar matlamat, dari menjadi pemangkin dan katalis kepada aktiviti pendidikan anak-anak luar Bandar Selangor kepada aktiviti pencairan aset-aset yang ada. Wang ringgit kini menjadi taruhan kepada kesinambungan peluang yang boleh diberikan kepada anak-anak Selangor untuk belajar di asrama pusat Kuala Lumpur. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment