Mana Lokasi Rumah Murah Selangor ? .............



Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) hari ini sekali tampil menuntut penjelasan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor setelah lebih 4 minggu mereka mendedahkan mengenai perbezaan angka rumah kos rendah yang kononnya dibina oleh pihak Kerajaan negeri.

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, sehingga ke hari ini, EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan masih lagi tidak memberikan sebarang penjelasan.

“Sehubungan dengan itu, sekali lagi kami mewakili anak-anak muda di Selangor mendesak kerajaan negeri terutamanya EXCO yang terlibat supaya memberikan penjelasan mengenai percanggahan maklumat antara yang dikeluarkan di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini dengan apa yang diucapkan di dalam sidang DUN pada 26 Mac 2012.

Kami juga nak tahu lokasi 6,470 rumah kos rendah yang didakwa dibina di zaman pemerintahan kerajaan DAP-PKR dan PAS? Apakah syarat-syarat permohonan dan berapa ramai anak-anak muda di Selangor hari ini yang benar-benar berpeluang mendapatkan rumah tersebut?,” ujarnya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, di zaman pentadbiran kerajaan BN sebelum tahun 2008, mereka telah mewujudkan Skim Perumahan Pasangan Muda. Apakah status skim ini sekarang? Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebidang tanah di 24 Shah Alam sudahkan diperuntukkan untuk tujuan Skim Perumahan Pasangan Muda ini.

“Jadi, apa status tanah itu sekarang. Kita juga hari ini akan menziarahi sebuah rumah anak muda yang mengalami masalah dalam memiliki rumah kos rendah, di mana mereka terpaksa tinggal bersama dan berkongsi rumah dengan tiga pasangan yang lain.

Ini merupakan contoh sebahagian dari permasalahan anak-anak dan pasangan muda dalam memiliki rumah kos rendah. Perkara ini berlaku kerana anak muda tersebut tidak berkemampuan untuk memiliki rumah kos rendah sebagai permulaan memulakan kehidupan. Tentunya sesuatu yang menyedihkan apabila kerajaan negeri selangor tidak memberi respon terhadap persoalan yang dilontarkan,” ujarnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

63 Komen

Post a Comment