Pembangkang Cetus Provokasi Bila Ceramah Tak Dapat Sambutan Penduduk


Pemuda UMNO Gombak hari ini menafikan sebarang tuduhan dan tohmahan liar terhadap pergerakan itu berhubung insiden kekecohan di hadapan bilik gerakan peti undi  BN Gombak yang menyebabkan berlaku kecederaan malam tadi.

Ketua Pemudanya Datuk Megat Zulkarnain Datuk Omar Din berkata sebarang tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas sama sekali dan berharap pihak polis melakukan siasatan terperinci.

Beliau seterusnya mempersoalkan apakah kewajaran diadakan ceramah oleh pakatan pembangkang berdepan dengan bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN yang mana lokasinya cukup sempit.

“Dan memang semalam kita ada program iaitu taklimat jentera pilihan raya di PDM tersebut. Kenapa diadakan ceramah berdepan dengan bilik gerakan kami dan tempat yang diadakan ceramah itu pula terlalu kecil.

“Jadi apabila penduduk dan Pemuda UMNO bahagian menyatakan bantahan di tempat kami, maka provokasi telah dilakukan oleh pihak pakatan sehingga mereka telah melemparkan objek daripada tempat mereka sehingga mencederakan salah seorang ahli Pemuda….beliau kena sembilan jahitan di kepala.

“Itulah provokasi yang dilakukan oleh pihak pakatan pembangkang. Namun kita masih lagi berjaya kawal sehingga ceramah mereka selesai. Sebarang tohmahan dan fitnah oleh pakatan adalah tidak benar sama sekali.,” katanya dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Menceritakan lebih lanjut, Megat seterusnya berkata apa yang berlaku semalam adalah bantahan penduduk setempat terhadap ceramah berkenaan.

“Apa yang berlaku semalam adalah bantahan daripada penduduk setempat di Rantau Gombak Utara, tempat ceramah diadakan. Rata-rata penduduk di kawasan itu tidak bersetuju terima kehadiran Anwar.

“Kita berkumpul hanya ingin menyatakan bantahan penduduk setempat kehadiran Anwar kerana kita yakin beliau datang untuk melemparkan fitnah kepada pemimpin negara.

“Sebab itulah kita ambil keputusan bersama dengan Pemuda dan juga penduduk menyatakan bantahan kita secara aman dan tidak ada niat langsung mengadakan provokasi. Namun mereka telah lemparkan segala objek termasuk periuk belanga daripada tempat berniaga dan sebagainya,” katanya.

Kata beliau lagi pihak pembangkang sebenarnya khuatir dengan sambutan terhadap ceramah tersebut.

“Semalam mereka cukup risau dengan kehadiran penduduk tempatan apabila hampir seribu Pemuda dan penduduk menyatakan bantahan sehinggakan ucapan Azmin dan Anwar hilang fokus untuk sampaikan fitnah dan sebagainya,” katanya.

Satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa kecederaan iaitu Mohd Faizaruddin Mustafha di balai Polis Gombak, pada pukul 2.17 am. –


Sumber: MediaUMNO
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Jom kempen kurangkan lagi anggota PDRM. Isu-isu keganasan seperti macam ini PDRM tak perlu campurtangan. nanti PDRM juga yang akan pecah kereta, pecah kepala. Doa ramai-ramai supaya lebih ramai lagi yang menimpa malapetaka. Kan lebih mudah dan kurang kos? Walau siapa sekali pun yang memulakan, perpecahan dalam orang Melayu dan Umat Islam semakin jelas dan ketara.

    GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara Di Tendang Terajang

Post a Comment