Ugut Saman Peserta Demostrasi- Bukti Kerajaan Negeri Tidak Amal Demokrasi



Kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Samad bahawa Kerajaan Negeri akan  mengambil tindakan undang-undang kepada peserta demonstrasi yang menuntut tunggakan air percuma membuktikan Kerajaan Negeri Selangor hari ini tidak mengamalkan demokrasi.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, demonstrasi tersebut dilakukan oleh penghuni rumah flat dan apartmen yang dinafikan hak mereka untuk memperoleh air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang memang disebut dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Pada Jun 2008, kerajaan pakatan pembangkang yang mengambil alih pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12  Mac tahun itu, memperkenalkan subsidi sebanyak RM11.40 kepada rakyat Selangor di bawah Skim Air Percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.

“Malangnya bukan semua rakyat di negeri ini yang menikmati skim itu kerana pelaksanaannya hanya melibatkan pengguna meter individu, bukan meter pukal.

Peserta demonstrasi yang terdiri daripada rakayat berbilang kaum melakukan tunjuk perasaan secara aman kerana tidak puas hati dengan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang  melaksanakan janji tersebut walaupun sudah hampir lima tahun memerintah.

Lebih menyedihkan apabila Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka tanpa usul periksa membuat tuduhan secara ‘mala fide’ bahawa peserta demonstrasi berkenaan bukan penghuni di kawasan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor GPRS) turut mempersoal tujuan pemimpin Pas itu menuduh peserta demonstrasi menerima ugutan dan tidak dimaklumkan tujuan sebenar bantahan.

Sepatutnya Iskandar perlu membuat siasatan terperinci sebelum membuat kenyataan dangkal itu di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana penghuni-penghuni terbabit sudah  pun membuat tuntutan saman di mahkamah. Setakat ini sebanyak 6,000 saman penduduk di Selangor telah difailkan berhubung tuntutan tersebut.

“Jumlah saman itu adalah daripada tujuh kawasan Parlimen di negeri Selangor dan kemungkinan jumlah tersebut akan terus meningkat berdasarkan kepada senarai menunggu untuk difailkan.

Setakat ini, tiga kumpulan pengguna air daripada kawasan penduduk Kinrara, Puchong, Bukit Mahkota Cheras melibatkan 1,313 pengguna telah membuat tuntutan tunggakan subsidi RM748,410, manakala 2,020 penduduk Shah Alam dan Petaling Jaya (RM1.15 juta) sementara dari Seksyen 7 dan 18 Shah Alam melibatkan 711 orang dengan tuntutan RM450,270.

Iskandar tidak perlu menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan kegagalan pakatan pembangkang melaksanakan janji-janji pilihan raya dengan menakut-nakutkan rakyat kononnya peserta demontrasi akan dibawa ke muka keadilan. Inikah demokrasi yang diamalkan oleh Negeri Berkebajikan?,” tambahnya.

Apakah rakyat tidak boleh menuntut hak mereka seperti mana yang dijanjikan? Jika itu yang dilakukan, ternyata kerajaan pembangkang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan sanggup mengugut rakyat untuk menutup mulut mereka daripada berkata tentang kebenaran.
Sudahlah mengamalkan diskriminasi apabila rakyat yang berhak mendapatkan air percuma itu kebanyakannya berpendapatan rendah, mereka diugut pula untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana ‘menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pembohongan-pembohongan kerajaan pakatan pembangkang’.

“Sudah tentu GPRS tidak akan berdiam diri dan berikrar untuk terus membantu rakyat yang merintih kerana menjadi mangsa pembohongan dan kemudian ditindas pula oleh Kerajaan Negeri yang kononnya mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan.

GPRS juga akan terus menggerakkan inisiatif membantu rakyat yang menuntut hak berkenaan daripada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PKR dan sekutu mereka, DAP dan Pas.

Pada masa yang sama, GPRS mengajak rakyat agar tidak terpedaya lagi dengan janji manis pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dan menolak kerajaan yang gagal melaksanakan janji yang termaktub dalam manifesto,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. Saman pendemontrasi? Wal harammu wal halalku. kah kah kah

    GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara di TENDANG TERAJANG

  2. Anonymous
    11:49 AM

    PENGGUNAAN SAMAN MERUPAKAN SENJATA PALING AMPUH PAP SINGAPURA UTK MELEMAHKAN RAKYAT SERTA LAWAN POLITIKNYA, PR MUNGKIN AKAN MENGGUNAKAN SENJATA YG SAMA JIKA MEMERINYAH KELAK SEBAGAIMANA CONTOH DIATAS.

  3. Anonymous
    3:43 AM

    lantak depa lah.. melayu sekarang kan bangang..keh3x

  4. Anonymous
    9:35 AM

    [url=http://www.iystwowgold.com#wowgold]wow gold[/url], These games gold are remarkable! they are a bit-tt costly but it is COMPLEATLY woth the amount you are paying for them! >you can carry these games gold with anything , as i said before Remarkable and soo well worth your money! you won't regret it! --thanks. :)
    Concerning Various number of these particular games gold and carry them all winter weather. I like these people a great deal! They are really and so gentle not to mention awesome. Get you the proportions that can match... you don't need them also substantial. These are generally much more attractive after they healthy ideal. To obtain the them to just about anyone.
    It is my to begin with games gold! i could not be any happier!!!, these are attractive and so soft & cozy!! i are unable to wait around to carry these !! Def suggest 5 stars from me *****
    I bought the minis inside brown and i like [url=http://www.gw2golds.de#gw2gold]gw2 gold[/url] these are generally all to easy to take together with my own pants through or perhaps hidden on! I'm certainly ecstatic to obtain alot more!!!
    When I first noticed all these games gold My spouse and i on the spot experience in love. They are usually quite a nice imagined when I had individuals I recently do not really like each of them. The sequins will be a small amount of crazy in the assumed but some everyone are going to probally appreciate these guys.
    Cash in this almost on a daily basis create time passes you will certainly not receive bored with that games gold (games gold).Worthy of thee hard earned cash really worth the timee.

Post a Comment