2J Pengguna Bakal Alami Gangguan Air Di Lembah Klang


Selepas kemelut air yang menganggu kehidupan penduduk Selangor sejak akhir-akhir ini, semalam wujud pula isu baru yang juga mampu mengganggu kehidupan seharian apabila berlaku pencemaran air akibat tumpahan minyak sawit di Sungai Semenyih.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, loji yang terlibat diuruskan oleh pihak Abass sehingga boleh menjejaskan sehingga 2 juta pengguna air yang melibatkan lima kawasan iaitu Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Putrajaya.

“Ini sebenar contoh agihan kerja atau bidang kuasa, bila loji pemprosesan ini terjejas, loji yang diuruskan oleh Abass, dan Syabas hanya menguruskan pembelian air bersih yang siap diproses oleh loji ini.

Oleh itu, kita minta penjelasan yang jelas dari pihak kerajaan negeri. Sama juga yang berlaku di Ampang dan Pandan ini, loji yang bermasalah sebenar Syabas yang dikambing-hitamkan. Kerajaan negeri tidak bolehlah berselindung, kerana Abbas ini milik kerajaan negeri,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan demostrasi aman bersama penduduk Flat Taman Dagang, Ampang bagi mendesak Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ekoran kegagalan urus tadbirnya.

Tambahnya, kerajaan negeri kena keluarkan pendirian yang jelas agar rakyat faham isu yang sebenar, kerana isu yang berlaku di Sungai Semenyih ini tidak ada bezanya dengan loji kendalian Syabas yang rosak, kerana pihak Syabas telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa mereka perlu buat penambahhbaikkan.

“Saya yakin isu ini bukan boleh diselesaikan dalam sekelip mata, kerana ia memerlukan perancangan, perlukan pakar dan perlukan penyelidikan dan kajian. Sebab itu wujud Langat 2, kerana selepas Langat 1, wujud keperluan.

Hari ini juga, kerajaan negeri tidak boleh sekelip mata menyelesaikannya. Ia memerlukan perancangan, soal siapa yang memerintah negeri Selangor, itu perkara lain kerana kebajikan rakyat yang harus diberikan keutamaan. Krisis air ini perlu diselesaikan dengan bijaksana dan perancangan yang teliti,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, GPRS berharap agar rakyat tidak terkeliru dengan pendedahan-pendedahan yang kononnya dibuat oleh kerajaan negeri dengan tujuan untuk memgalihkan perhatian rakyat, meng’kambung-hitamkan’ pihak lain, menyalahkan kerajaan BN dan Kerajaan Persekutuan, sedangkan kerajaan negeri sedikit pun tidak mahu mengakui kelemahan atau mencangkan penambah-baikkan dalam menangani isu ini.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment