Jom Lelong Untuk GAZA .......



Beberapa artis popular sanggup melelong barangan peribadi untuk didermakan ke dalam Tabung Gaza bagi membantu meringankan beban dan keperitan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis.

Antaranya Joe Wings yang sanggup menjual gitar kesayanggan, manakala Jaafar Onn akan melelong koleksi peribadi yang sudah tentu amat berharga bagi pelakon/penyanyi itu.

Selain Joe Wings dan Jaafar Onn, artis lain yang menyertai program Jom Lelong Untuk Gaza yang diadakan di Kompleks Kraftangan Malaysia, di Jalan Conlay, Ahad ini ialah Lisdawati, Zack Zaidi, Dafi dan Marsha AF.

Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, program itu dianjurkan bersama oleh syarikat Ushine Health & Beauty, Pertubuhan Kelab Wanita, CDL & Kelab Masakan MYCAT dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Katanya, pogram ini turut disokong oleh NGO yang lain seperti Perdasama, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor, GPMS Unisel dan UiTM dan lain-lain lagi.

"Kami menganjurkan program ini atas dasar persaudaraan Islam selain simpati dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin di Gaza. Sasaran kita adalah untuk mengutip sebanyak RM30,000 untuk disumbangkan ke Tabung Gaza," katanya pada sidang media, semalam.

Selain itu, beberapa kartunis popular yang bernaung di bawah konsortium Cartoonist At Work (CAW) akan membuat demonstrasi kartun disamping persembahan nyanyian dan deklamasi puisi berunsur kemanusiaan dan perjuangan daripada Gapena.

"Aktiviti ini akan memberi pendedahan sebenar keganasan yang berlaku terhadap muslim di Palestin dan meningkatkan kesedaran masyarakat setempat terhadap isu Palestin dan Gaza," katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang.

Selain lelongan artis, antara aktiviti yang akan dijalankan bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petrang itu ialah booth jualan pre-loved, Jumble Sales, Jualan Lelongan VIP.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment