Krisis Air Makin Kritikal, Kerajaan Khalid Terus Berdegil, Syabas Di`kambing-hitamkan’… Rakyat ….?



Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini melihat isu dan krisis air di negeri Selangor semakin membimbangkan dan sekiranya tidak ditangani segera rakyat semakin menderita disebabkan sikap kerajaan negeri Selangor yang masih berdegil dan tidak mahu mengaku kesilapan mereka dan asyik menuding jari kepada pihak lain.

Koordinator BN Selangor, Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, kuasa kerajaan negeri mampu menyelesaikan isu ini dengan sistematik sekiranya mereka  bertindak rasional demi masa depan rakyat negeri Selangor.

“Namun saban hari, Kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan seluruh pemimpin pembangkang mengunakan isu tersebut untuk meraih publisiti murahan dan asyik mahu memenuhi  agenda politik mereka. Inilah sikap sebenar mereka yang langsung tidak mahu memikirkan dan menyelami masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri Selangor disebabkan krisis air di negeri ini berada di tahap yang semakin membimbangkan.

Dakwaan Tan Sri Khalid Ibrahim kononya BN mahu politikkan isu air , satu tuduhan , kenyataan dan pandangan “ syok sendiri” untuk menutup segala kelemahan mereka daripada terbongkar ke kaca mata umum.

Untuk pengetahuan umum, BN Selangor telah membangkitkan isu air ini sejak setahun yang lepas . Malah kita telah memberikan pelbagai peringatan , amaran dan teguran kepada kerajaan negeri Selangor untuk menangani krisis air dengan segera sebelum ianya berubah menjadi satu fenomena yang boleh “menyakitkan hati rakyat”,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Justeru , kita telah  mencadangkan Loji Rawatan Air Langat 2 ( Langat 2) tetapi agak malang sekali kerana kerajaan negeri Selangor sekali lagi mahu bermain “silap mata politik” dengan menggunakan alasan remeh temeh kononya tarif air akan dinaikkan selepas Langat 2 siap dibina.
 
Malah kerajaan pusat telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk tangani isu krisis air di Selangor yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan Julai, 2012.

Selepas beberapa siri lawatan dan kajian terperinci, jawatankuasa tersebut telah mencadangkan bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 merupakan langkah yang terakhir yang dapat menyelamatkan rakyat negeri Selangor daripada krisis yang lebih teruk pada masa akan datang.

“Justeru, apa yang kita lalui sekarang merupakan satu gambaran yang jelas mengenai “ kisah benar” yang bakal berlaku pada masa akan datang sekiranya kita tidak bertindak segera. Kedegilan Khalid menurunkan tandatangan untuk mengeluarkan perintah pembangunan (DO) bagi projek berkenaan akan menyusahkan rakyat di Selangor serta di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Masalah air di Selangor bukan semata – mata soal politik, tetapi masa depan negara. Kalau Langat 2 tidak dibina, menjelang 2016, kita akan hadapi satu krisis air yang sungguh dahsyat. Bayangkanlah, satu demi satu kilang dan industri di Selangor terpaksa ditutup. Masa depan kita di Selangor menjadi tanda tanya.

Kerajaan negeri Selangor sering menuding jari kononya Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kroni BN tetapi semua pihak perlu mengetahi  hakikat yang sebenar bahawa kerajaan negeri Selangor memiliki 30 peratus pegangan dalam syarikat itu,” ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Tambahnya, inilah cara mereka ; tidak serius dan tidak prihatin. Mereka tidak mahu projek Langat 2 menjadi kenyataan kerana “ risau “ dan “ takut”  kerajaan BN akan mendapat tempat di hati rakyat.  Justeru mereka akan mengunakan pelbagai alasan “reka cipta” politik sehingga Pilihanraya Umum ke – 13. Inilah rancangan dan  strategi mereka.

“Justeru, sudah tiba masanya untuk rakyat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk menilai sendiri segala taktik kotor pihak pembangkang yang semata – mata mahu  mengejar kuasa politik dan bukannya mahu mendahulukan kehendak, keinginan dan keperluan rakyat.

Masanya sudah tiba untuk rakyat Selangor bangkit dengan satu azam , tekad dan pendirian yang kuat untuk mencari satu penyelesaian yang terbaik demi Selangor yang kita sayangi,” tambahnya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment