Sengsara Buat Rakyat Tapi Kerajaan Selangor Cuba Tangguk Untung Politik


Kerajaan Selangor digesa tidak terus bermain politik melampau dengan menjadikan rakyat mangsa dalam isu kemelut air di negeri ini sebaliknya serius untuk mencari jalan penyelasaian agar isu ini tidak berpanjangan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata sejak awal krisis air ini berlaku kerajaan Selangor hanya tahu menuding jari menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedangkan faktanya jelas amaran tentang krisis ini telah dimaklumkan sejak beberapa tahun yang lalu.

“Jelas dan rakyat sedia maklum bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab sepenuhnya masalah air yang dihadapi rakyat kerana kerajaan negeri sendiri menguasai Syabas dengan pegangan 30% saham dalam Syabas yang diwakili oleh anak syarikat mereka, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Kumpulan Perangsang.

“Tetapi apa yang kita kesalkan hari ini, pakatan pembangkang terutama Kerajaan Selangor hanya menjadikan isu sebagai peluang untuk memanipulasi fakta dengan menyatakan Syabas sebagai beg penumbuk,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambah beliau lagi kerajaan Selangor jelas  tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan tetapi menjadikan rakyat bahan politik untuk agenda mereka menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.

“Jika kita lihat hari ini, ramai ibu-ibu tua, ataupun orang-orang tua yang terpaksa turun naik membawa baldi semata-mata untuk mendapatkan air.

“Ini harus dilihat sebagai serius oleh kerajaan negeri kerana banyak janji-janji yang dijanjikan kepada rakyat, jadi jika janji keperluan asas ini pun tak mampu mereka tangani dengan baik, macam mana mereka nak tunaikan banyak lagi janji-janji mereka sebelum ini”, katanya.

Justeru beliau menyeru agar rakyat terutama pengundi di negeri ini agar membakulsampahkan sahaja segala manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini kerana pakatan pembangkang sendiri menyatakan bahawa  manifesto itu bukan janji.  Kalau ia bukan janji maka nyatalah manifesto pembangkang hanyalah gula-gula pilihan raya semata-mata kerana akhirnya janji-janji itu akan hanya tinggal janji kosong”, ujarnya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

122 Komen

Post a Comment