MH370: Anggota Keluarga Puas Hati Penjelasan Hishammuddin


Kalangan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 berpuas hati dengan penjelasan diberikan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung kehilangan pesawat itu dalam sesi pertemuan di Hotel Everly di sini hari ini.

Sharil Shaari, 36, berkata semua persoalan dan ketidakpuasan hati yang terbuku di hati anggota keluarga rakyat tempatan dan China telah terjawab dalam pertemuan yang berlangsung satu jam setengah itu.

"Sebelum ini, kami tidak begitu memahami dengan beberapa pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk pengakhiran pesawat itu di Lautan Hindi tetapi selepas pertemuan ini, semuanya telah selesai," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Sharil yang merupakan sepupu Mohd Razahan Zamani, 23, berkata Hishammuddin juga memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat akan tetap diteruskan selain usaha mencari kotak hitam menjadi keutamaan.

Beliau juga memuji Hishammuddin seorang yang berani menyatakan perkara sebenar, selain masih menaruh harapan selagi tiada sebarang bukti kukuh ditemui untuk dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu.

Selamat Omar, 60, bapa Mohd Khairul Amri, 29, berkata, beliau percaya kerajaan tidak menyembunyikan sebarang fakta seperti digembar-gemburkan oleh media sosial.

"Mengenai laporan berita ada satelit menjumpai objek, beliau (Hishammuddin) memberitahu perkara berkenaan perlu dianalisis dan kajian terlebih dahulu.

Respons mengenainya tidak boleh dibuat melulu atau segera," katanya.

Selamat turut melahirkan rasa terharu kerana Hishammuddin sudi bertemu dan mendengar luahan hati anggota keluarga dan itu membuktikan beliau sangat prihatin dan bertanggungjawab terhadap insiden kehilangan pesawat malang itu.

Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.


Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:35 PM

    Puas hati kepala hotak.. menipu je tak habis2.. satu dunia dh tk respect cara Malaysia kendalikan kes MH370 ini kecuali Amerika-Britain-Australia dan negara2 yg 'nak jaga hati' Malaysia.

    MENGECEWAKAN dengan cara Hishamuddin sepupu Najib ini menjawab PC pada hari ini tentang kemungkinan SPEKULASI MH370 telah mendarat di Diego Garcia. Sedangkan bukti penduduk Maldives ramai yg menjadi saksi.

    Bila ditanya tentang saksi di Maldives, Hisam seolah2 menjadi talibarut Amerika dan menepis dan divert soalan itu kpd kononnya org suka beritu buruk dr berita baik dan benar? celaka ko Hisham..berita baik apa skrg ni melainkan penuh spekulasi dan bias mengikut telunjuk Amerika!



    Menteri ini menjawab seperti membari jawapan pd kpd budak2 TADIKA. Alasan beliau menolak teori ini ialah US dr awal lagi sudah bantu kita.. calaka punya menteri jwb bodoh mcm tu.

    Sepatutnya dia kena jawab kita akan siasat sebarang kemungkinan.. tp di amenyebelahi AMerika..

    Perompak atau pembunuh yg berpura2 datang ke balai Polis buat laporan palsu.. apakah Polis xperlu siasat lagi pelapor itu?

    Suatu kes di mana seorng perempuan membuang bayinya tetapi berpura2 melaporkan pd pihak POLIS beliau terjumpa bayi diletakkan di tangga rumahnya..

    akhirnya Polis siasat perempuan itulah ibu bayi itu dan telah berpakat dengan kekasihnya utk buang bayi itu..

    tp Menteri dibawah Najib skg semakin bodoh dan memperbodohkan rakyat.

    Mencari di Lautan Hindi seolah2 mutlak ia menyelesaikan masalaha. Perkara yg misteri maka beliau mesti buka minda utk siasat apa jua kemungkinan.. bukan memuji2 Amerika konon.. beri kerjasama.. apakah beliau tidak kenal siapa Amerika dan CIA? apakah dia lupa CIA telah mengakui memintas perbualan telefon Perdan Menteri tahun2 sebelum ini??

    Malang buat Malaysia bila kerajaan lembik dan lemah.. zaman Tun M dulu pasti bijak dan tk sebodoh Najib percaya bulat2 dgn musuh2.. terutama CIA!

Post a Comment