MH370 - Seakan Akan Ada Harapan Baru


Persoalan benarkah MH370 mengakhiri perjalanannya di Selatan Lautan Hindi.... benarkah apa yang dikesan oleh satelit tu objek-objek yang ada kaitan dengan MH370....

Najib hanya katakan bahawa MH370 mengakhiri perjalanannya di Selatan Lautan Hindi..... tapi Najib tak umum pun nasib anak kapal dan penumpang-penumpangnya....

Kini, seakan-akan ada harapan baru untuk menafikan bahawa objek-objek yang dikesan satelit baru-baru ini bukanlah MH370.

Laporan dari BERNAMA malam ini mengatakan beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam ini, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.

Bagaimanapun, menurut AMSA, pesawat di kawasan pencarian terus melaporkan penemuan objek serupa seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.

Menurut AMSA, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.

Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.

Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.

Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.

Sementara itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia 'Ocean Shield' dijadual berlepas dari Perth esok selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam dan kenderaan di bawah air.


Operasi pencarian bersambung esok.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment