Anwar-Wan Azizah Rebut Jawatan Presiden Buktikan PKR ‘Parti Kelambu Rumah’


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sohaimi Shahadan  menyifatkan perebutan jawatan Presiden PKR antara Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah sebagai satu sandiwara pelik yang terbaru dimainkan oleh parti PKR.

Ujarnya, parti PKR ini juga boleh diibaratkan sebagai ‘Parti Kelambu Rumah’ kerana keputusan pasangan suami isteri itu melucukan dan boleh dianggap strategi serampang dua mata oleh PKR dan akan digunakan sekiranya Anwar gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan  berkaitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Anwar sekiranya berjaya “mengalahkan” isterinya yang juga penyandang Presiden PKR, Anwar akan menggunakan jawatannya itu untuk meraih simpati dunia dengan mendakwa beliau telah dizalimi kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional.

Dalam masa yang sama, tidak mustahil Anwar mahu mencipta sejarah sebagai presiden parti politik yang dipenjarakan dan akan memberikan persepsi tidak baik tentang sistem perundangan Negara kita kepada orang luar,” ujarnya mengulas sandiwara terbaru perebutan jawatan Presiden PKR antara Anwar dan Wan Azizah.

Tambahnya, bukan setakat Anwar dan Wan Azizah yang nampaknya nak ‘berkuasa’ dalam PKR ini, malah anak sulungnya, Nurul Izzah tidak ketinggalan untuk turut sama memahatkan nama dalam kepimpinan tertinggi parti PKR dengan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR.


“Hakikat yang harus disedari oleh ahli-ahli PKR akar umbi ialah mereka menuduh UMNO mengamalkan nepotisme tetapi perebutan jawatan ‘anak beranak Anwar’ inilah nepotisme terbesar yang berlaku dalam sejarah politik di dalam dunia,” tambahnya. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment