Kaji Semula Pemberian Air Percuma Sekadar Lengkapkan ‘Manifesto Bukan Janji’ Khalid Ibrahim


Cadangan ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang meminta supaya kerajaan negeri Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat dan menyifatkan tindakan pemberian percuma tersebut hanyalah merupakan satu dasar populis dan bukan keputusan yang bijak selain daripada tidak efisien dalam pengurusan air di Selangor hanyalah sekadar melengkapkan kenyataan ‘manifesto bukan janji’ yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Muhammad Faizal Sufar berkata, ini memang merupakan cara pakatan pembangkang untuk memperdayakan rakyat dan mereka hanya akan berjalan-jalan, bercakap-cakap, bawa  fitnah tetapi tidak akan menunaikan apa yang mereka katakan atau mereka janjikan.

“Dalam masa yang sama, ia dilihat sebagai kesinambungan perjuangan DAP di Pulau Pinang yang turut mencadangkan kenaikan tarif air di negeri tersebut.

Rakyat perlu membuka mata pada pilihan raya umum akan datang kerana setiap janji manis yang dizahirkan melalui manifesto pakatan tidak lebih daripada sekadar ‘gula-gula’ untuk menarik sokongan rakyat semata-mata, termasuk berjaya menumbangkan kerajaan BN pada Pilihan Raya Ke-12 (tahun 2008).

Jelas, nampaknya mereka sudah masuk perangkap yang diciptanya sendiri dan kata-katanya itu membuktikan bahawa kerajaan pakatan yang diterajui PKR hanya bijak menabur janji termasuk memberikan bulan dan bintang  tidak boleh dipercayai lagi,” ujarnya mengulas ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang meminta supaya kerajaan negeri Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat Selangor.

Tambahnya, manifesto adalah  penyataan umum atau deklarasi yang digunakan oleh seseorang atau parti politikyang bertanding pada pilihan raya umum sebagai dasar perjuangan bagi menarik sokongan pengundi.

Melalui manifesto, calon atau parti politik yang bertanding akan dinilai oleh pengundi sama ada orang yang mereka pilih itu nanti akan dapat membawa perubahan atau kemajuan kepada mereka dan merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Daripada kenyataan yang diberikan oleh Abdul Khalid sebelum ini dan kini kenyataan Yeo Bee Yin secara terbuka itu, jelas manifesto pakatan yang kononnya memperjuangkan ‘Negeri Berkebajikan’ itu hanya retorik semata-mata dan mereka tidak rasa bersalah sedikit pun  kerana membohongi rakyat.

Bukan sahaja isu air percuma, bahkan banyak lagi janji-janji yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang masih tidak tertunai dan mereka tidak pernah peduli dengan janji-janji itu, apa lagi untuk melaksanakannya kerana kemaruk kuasa.


Rakyat yang waras perlu menilai semula kepimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan kita perlu menolak mereka pada pilihan raya umum  yang lalu kerana mereka bukan kerajaan yang amanah dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya,” tambahnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment