Rakyat Semakin Tertekan – Rakyat Desak Tarik Balik Catuan Air


UMNO Selangor melihat bebanan kepada rakyat Selangor semakin teruk akibat catuan air yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, perkara ini memberikan beban yang berat kepada rakyat Selangor dalam menjalani kehidupan seharian kerana krisis bekalan air ini akan menjadi satu sejarah.

“Saya merujuk kepada fenomena terkini di Selangor di mana keluhan rakyat terhadap catuan air semakin hari semakin membimbangkan.  Krisis air paling buruk adalah pada tahun 1998 apabila 4.2 juta rakyat terpaksa berkongsi 2,553 juta liter air sehari kurang 105 juta liter sehari.

Bagaimana pun hasil daripada kelemahan kerajaan PR menangani masalah air, hari ini keperluan untuk 7.1 juta pengguna sebanyak 4,900 juta liter sehari terpaksa dikurangkan kepada 4,367 juta liter sehari berkurangan sebanyak 533 juta liter sehari,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Tambahnya, Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah mengingatkan kerajaan negeri  bahawa Selangor akan menghadapi masalah bekalan air pada 2014 sekiranya projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak disegerakan malangnya kenyataan balas  Menteri Besar mengatakan krisis air hanya akan berlaku pada 2019.

Projek Langat 2 yang sepatutnya bermula pada 2010 dan akan siap dalam tempuh 39 bulan seharusnya telah siap pada tahun ini tetapi atas nama kepentingan politik PR keperluan asas rakyat digadaikan.

“Rakyat perlu tahu tanggungjawap menyediakan bekalan air mentah adalah dibawah tanggungjawap kerajaan negeri dan Syabas hanya dipertanggungjawapkan untuk membekalkan air kepada pengguna.

Kenyataan Menteri Besar bahawa catuan air dibuat bukan untuk menyusahkan para pengguna sebaliknya demi menjamin perkhidmatan secara berterusan kepada rakyat adalah satu kenyataan kurang cerdik dan tidak memikirkan implikasi lain kepada negeri Selangor.
Atas desakan dan aduan yang berterusan daripada rakyat,  UMNO Selangor membuat pendirian supaya catuan air ini di hentikan serta merta dalam menjamin keperluan rakyat tidak terjejas. Sekiranya masalah catuan air ini masih tidak diselesaikan, satu perhimpunan menuntuk hak rakyat akan diadakan pada 4 Mei 2014. Perhimpunan menuntuk hak rakyat ini adalah satu simbolik terhadap Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat yang dilancarkan oleh Menteri Besar pada 2010,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, UMNO Selangor akan menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana-mana individu dan syarikat yang mahu menyaman kerajaan negeri selepas mengalami kerugian disebabkan masalah catuan air ini.


“Saya menyeru rakyat Selangor supaya mengambil langkah berjimat cermat dalam penggunaan air kerana berdasarkan kenyataan Lembaga Urus Air Selangor LUAS catuan dijangka akan berterusan hingga ke Julai 2014,” ujarnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Anonymous
    3:37 PM

    pemimpin UMNO JANGAN MENGAJAR RAKYAT SELANGOR SEBAB RAKYAT SELANGOR TELAH MENGAJAR PEMIMPIN UMNO.

  2. Anonymous
    3:42 PM

    Guna air lombong, air kumbahan, air longkang... Kan itu yang PR katakan sebelum ini... sebab tu mereka tolak Langat 2.. Tapi kesian, orang yang tak pangkah PR dapat sengsara.... Di mana keadilan... keadilan yang tak adil... tuih... air free, tak ada air nak free guano...

  3. Anonymous
    5:02 PM

    apa lak xleh ajor... klo kerajaan pr bodoh xleh diajor tu makna ne bodoh sombong..
    pembohong banyak kali pun ko nak sokong jgak... bengong krajaan pr ni.. org dh nasihat dgn fakta tpi xcaya... inilah balasan akibat kebodohan memilih pr

  4. Anonymous
    6:19 PM

    Sikit hari nanti nk berak pon rakyat melayu selangor kena pakai toilet paper kah kah...

  5. Anonymous
    7:22 PM

    Ada hikmah disebalik catuan. Syukur dgn segala nikmatNya. Kita blum diuji seperti hambaNya ditempat lain ie Jordan, india nk dspat air bersih pun susah. Guna air dgn lebih bijak. Kdg2 kita lebih berakal bila diuji. Blum terputus air...baru catuan.

  6. Anonymous
    10:06 AM

    Orang yg pernah duduk Jordan tahu bekalan air tak pernah susah dan sangat murah. Telefon je sampai.kalau ada masalah. Satu lori isi tamgki satu bangunan dpt manafaat guna sama ..murah lak tu ..walau pun bukan dwngan gula-gul dpt free..mana free..tak dapat pun..Gunakan air dgn bijak camne ..? Nak guna pun xde...
    nak bijak macamana?

Post a Comment