JDT Bangkit Untuk Kekal Terajui Liga Super


Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menerajui kedudukan teratas selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Perak 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengumpul 16 mata selepas mengharungi enam perlawanan.

Pada aksi di Larkin, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pembukaan pemain import pelawat, Elias Fernandes Oliviera pada minit ke-17 sebelum penyerang dari Argentina, Juan Martin Lucero menjaringkan dua gol untuk JDT iaitu menerusi sepakan penalti minit ke-47 dan gol padang, selang lima minit kemudian. 


Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment