Shafie Yakin BN Mampu Menang PRN Sarawak


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Mohd Shafie berkata faktor kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilihat bakal menjadi penyumbang terbesar terhadap kemenangan BN di sana.

"Saya yakin BN boleh menang dalam PRN Sarawak tetapi saya yakin bahawa kemenangan ini kerana kepimpinan di situ, khususnya Ketua Menteri Sarawak yang melaungkan Sarawak untuk Sarawak...dan pelbagai yang beliau tuntut.

"...namun saya tidak kata isu pembangunan tidak penting, tetapi dari sudut apa yang rakyat Sarawak mahu (juga penting)," katanya kepada pemberita selepas Program Santai Pemimpin Bersama Akar Umbi di pekan Gurun di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata program turun padang bagi mendekati dan memberi penerangan di peringkat akar umbi perlu dalam usaha mengembalikan semula semangat mereka terhadap Umno.


"Akar umbi ini kekuatan UMNO, perlu kita kuatkan semangat mereka yang luntur, turun padang untuk sebarkan maklumat sebab takut mereka dapat maklumat tidak betul atau tidak sampai, akan pilih parti lain," katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment