Siri Jelajah Selamatkan Malaysia Hanya Selamatkan Pembangkang


Siri Jelajah Selamatkan Malaysia yang disertai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta barisan parti pembangkang lain hanyalah menyerlahkan kecelaruan yang cukup ketara sesama mereka.

Kempen tersebut lebih kepada menyelamatkan parti pembangkang semata-mata dan bukannya sepertimana yang diwar-warkan kononnya untuk menyelamatkan negara ini.

Jelas hari ini apa yang dilaksanakan itu lebih menjurus kepada soal individu yang mana masing-masing hanya mahu melontarkan agenda peribadi masing-masing sekaligus menimbulkan persoalan kempen tersebut menyelamatkan siapa yang sebenarnya.

Sebenarnya masing-masing hanya mahu menyelamatkan diri mereka sahaja. PKR dengan agenda mereka dan Dap pula dengan agenda mereka kerana hari ini Setiausaha Agungnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang terpalit dengan kontroversi pembelian rumah banglo.

Dan mungkin juga Amanah tumpang sekaki untuk menyelamatkan partinya sendiri menerusi siri jelajah tersebut kerana diharapkan dapat melonjakkan populariti mereka, dan Mahathir pula dengan agendanya.

Dato' Samsol Bari Jamali 
Ketua Penerangan UMNO Johor 



Baca seterusnya di sini
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment