Usaha Singkir MB Johor Hanya Khayalan Pihak Tertentu


Dakwaan wujud usaha singkirkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hanya rekaan dan khayalan pihak tertentu.

Tiada sebarang petanda kegusaran dalam kalangan ahli UMNO Johor terhadap kepimpinan Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Mesyuarat UMNO Johor diadakan beberapa hari lalu dan saya tak nampak, tak rasa ada masalah dari segi kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Sokongan kepada beliau tak perlu dinyatakan dan tidak perlu ada deklarasi kerana kerjasama dan hubungan memang sudah terjalin begitu baik.

“Saya tak fikir UMNO Johor bergoyang. Ramai sokong Mohamed Khaled kerana semua yang dia rancang menyentuh perkara mustahak bagi rakyat Johor. Tidak ada sebab ia boleh menimbulkan reaksi politik.” - UMNOJOhor

Tan Sri Shahrir Samad

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment