Salah Guna Polis Bantuan HALANG Pelajar Kolej Antarabangsa Unifield Berpindah !!!

Berbalik kepada isu 3,000 Pelajar Kolej Antarabangsa Unifield ….. berikut beberapa keping gambar (sumber FB : Yuseri Yusuff) di mana pihak pengurusan A’Famosa Resort telah menggunakan polis bantuan bagi menghalang perpindahan para pelajar ini.



A' FAMOSA RESORT SALAH GUNA POLIS BANTUAN HALANG PELAJAR KOLEJ ANTARABANGSA UNIFIELD BERPINDAH.

1. Isu perpindahan kolej Unifield di Melaka sejak awal bulan Ramadhan 'disenyapkan' oleh media atas 'arahan' pengurusan A' Famosa Resort Malaysia dengan bantuan pihak Polis.

2. Masalah pengurusan A'Famosa Resort berpunca dari rasa tidak puas hati ekoran pihak kolej mahu berpindah ke lokasi lain sebaik tamat tempoh sewa akhir tahun ini.

3. Walaupun kolej telah memberikan sebulan notis sebelum berpindah, ia tidak dipersetujui oleh pihak A'Famosa Resort dengan alasan mahu pihak kolej beri notis dua bulan sebelum berpindah.

4. Selain notis perpindahan pihak pengurusan A' Famosa Resort juga tidak bersetuju apabila pihak kolej mahu membuat bayaran akhir sewa bulan Jun berjumlah RM400,000 dibuat menerusi bayaran deposit berjumlah RM900,000.

5. Disebabkan tidak puas hati pihak pengurusan A'Famosa Resort telah bertindak menahan lori yang ingin membawa keluar barangan kolej serta menahan lori yang disewa ibubapa pelajar untuk mengangkut barangan peribadi.

6. Selain itu pengurusan A'Famosa Resort turut menghentikan operasi lif sejak 26 Jun di empat buah bangunan setinggi 23 tingkat yang disewa oleh pihak kolej atas alasan keselamatan.

7. Ekoran pihak A'Famosa Resort menghentikan operasi lif ia memaksa pelajar turun naik tangga setinggi 23 tingkat setiap hari untuk mengangkut segala barangan walhal kelas masih berjalan. Dan ia satu tindakan yang zalim lebih-lebih lagi pelajar Islam sedang menjalani ibadah puasa.

8. Selain bertindak ala-ala 'gangster' dengan menggunakan khidmat Polis Bantuan untuk menghalang lori-lori yang disewa keluar, pihak A'Famosa Resort turut melakukan pelbagai sekatan sehingga mahu menghantar surat ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kononnya pelajar kolej tidak mahu berpindah.

9. Lebih menghairankan pihak polis bersikap tutup mata dan tidak mahu menerima laporan dari ibubapa dan pihak kolej ketika mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah sekaligus tiada tindakan susulan diambil oleh pihak polis ke atas pengurusan A'Famosa Resort.

10. Apakah wujud salah guna kuasa oleh pihak polis dalam melindungi pengurusan A'Famosa Resort Malaysia?

11. Dari tindakan dan sikap sambil lewa pihak polis di IPD Alor Gajah, wajarlah pihak SPRM campur tangan kerana dibimbangi wujud unsur-rasuah dalam dalam isu perpindahan ini.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment