SPRM Dah Siasat Sebelum Tahan LGE


Timbalan Ketua UMNO Bahagian Penggerang, Dato’ Syed Sis Abd Rahman menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat siasatan rapi sebelum ini dan yakin ada asas untuk menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tambahnya,  SPRM harus tegas dalam usahanya menghapus rasuah  apatah lagi kes-kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan baik dari kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.

“Rakyat harus berlapang dada dalam mengikuti perjalanan kes ini.   Apa yang kita harapkan ialah keadilan dapat ditegakkan dan yang bersalah menerima hukuman yg setimpal,” ujarnya mengulas penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang oleh SPRM hari ini.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap pula  melihat tindakan SPRM ini dibuat berdasarkan siasatan yg telah dijalankan oleh mereka berkaitan isu banglo murah Guan Eng.

“DAP selama ini sering melaungkan bahawa parti mereka bersih dan tidak terpait dengan isu-isu rasuah kononnya.

Kini mula tercalar dengan kes terbaru ini yang melibatkan Setiausaha Agung parti mereka sendiri dan sudah semestinya, rakyat ingin melihat apakah tindakan yang akan dikenakan  terhadap beliau (LGE) setelah tuduhan ini dibuat oleh SPRM nanti.

“Kes seperti Dr Khir Toyo sudah pasti akan menjadi penanda aras untuk beliau juga disabitkan dengan kesalahan yang hampir sama,” ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang.

Namun bagi Ketua Penerangan UMNO negeri Johor, Datuk Samsol Bari Jamali pula tindakan pihak SPRM terhadap Guan Eng ini merupakan satu tindakan yang biasa dan bukan di luar kebiasaannya.

“Tiada sesiapa yang terkecuali dari undang-undang. Saya yakin ia akan diadili dengan baik mengikut lunas  undang-undang. Dia (LGE) hanya akan di katakan bersalah setelah di buktikan bersalah,” ujarnya dalam satu pesanan whatsapp kepada UMNO-Johor mengulas isu penangkapan Lim Guan Eng petang tadi oleh SPRM.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan ‘ditahan’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan skandal banglo ‘murah’ yang dimilikinya di Jalan Pinhorn di George Town.


Setiausaha Agung DAP itu dikatakan dibawa keluar oleh beberapa pegawai SPRM selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di pejabat beliau di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), petang ini.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment