PADE DOH, PAKAT KELIK NGUNDI, STRATEGI PEMUDA BN TAWAN KELANTAN

Pemuda hari ini menyeru golongan pemuda yang berasal dari Kelantan supaya menolak kepimpinan PAS di negeri itu yang sudah memerintah selama 18 tahun dengan membuat perubahan mengundi BN pada pilihan raya umum ke-12 ini.

Timbalan Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata bagi tujuan itu Pemuda BN telah menyusun gerakan besar menerusi dua strategi iaitu menyediakan Bilik Gerakan "Pakat Kelik Ngundi" (pakat balik mengundi) yang ditujukan kepada pemuda Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur serta di luar Kelantan dan slogan "Pade Doh" dalam loghat Kelantan yang bermaksud cukuplah 18 tahun PAS memerintah negeri itu.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata :

“......’Pade Doh’ adalah slogan identiti Pergerakan Pemuda BN................”

Kepada rakyat Kelantan beliau mengingatkan jangan ada keraguan untuk bangkit membuat perubahan kepada negeri itu.

“......sudah 18 tahun, tahun menabur janji kosong ....itulah parti PAS...............”

Khairy berkata hasil analisis bersama pergerakan itu dan Presiden Majlis Permuafakatan Anak-anak Kelantan di Perantauan (MUAFAKAT), kemenangan BN di Kelantan pada pilihan raya terdekat ini akan ditentukan oleh pengundi yang tinggal di luar Kelantan. Katanya 30,000 daripada jumlah keseluruhan itu tinggal di Lembah Klang.

Bilik Gerakan Pemuda BN Kelantan turut diwujudkan di Kuala Lumpur, atau secara khasnya di ibu pejabat Pemuda Umno di tingkat 28, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra bagi menyediakan khidmat rujukan maklumat mengenai proses pengundian.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Anonymous
    2:02 AM

    uenvks klonopin for sale online - clonazepam without prescription http://imgzy.com/#clonazepam-without-prescription , [url=http://imgzy.com/#klonopin-without-rx ]klonopin without rx [/url]

  2. Anonymous
    5:06 AM

    12, Generic Accutane Cost - buy cheap isotretinoin http://www.benefitsofisotretinoin.net/, [url=http://www.benefitsofisotretinoin.net/]Cheap Accutane[/url]

Post a Comment