BILA HARI MENGUNDI?

Mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 1969, proses demokrasi itu berlangsung dalam tempoh 16 hingga 20 hari sahaja.

SPR sebelum ini telah menyatakan bahawa terdapat kira-kira 10.9 juta pemilih berdaftar, termasuk kira-kira 700,000 pengundi baru, yang layak mengundi pada pilihan raya umum kali ini. Sejumlah 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini manakala 505 kerusi DUN akan dipertandingkan di peringkat negeri.

Sebelum Parlimen dibubarkan, BN menguasai 199 kerusi di Dewan Rakyat manakala pembangkang 20 kerusi, iaitu DAP 12 kerusi, PAS 6 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas masing-masing 1 kerusi.

Secara keseluruhan 17 hari diperuntukan oleh SPR untuk proses pilihanraya umum berdasarkan senario tahun pilihanraya yang terdahulu. Berdasarkan senario itu ramai menjangkakan Hari Penamaan Calon bagi pilihanraya umum adalah pada 23 Februari dan Hari Pengundian pada 1 Mac 2008.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    12:08 PM

    buy ativan ativan sleep addiction - cost of lorazepam 1mg

Post a Comment