PARLIMEN BUBAR - 13 Feb 2008

Perdana Menteri, DS Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan. Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya tengah hari ini.

PM juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan DUN masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11. Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal 5 tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

DS Abdullah Ahmad Badawi berkata :

“....Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan supaya Parlimen ke-11 dibubarkan berkuatkuasa hari ini 13hb Februari 2008 bagi membolehkan pilihanraya umum ke-12 diadakan seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan ......kerajaan-kerajaan negeri juga telah dinasihati supaya mengambil tindakan bagi membubarkan DUN berkuatkuasa pada tarikh yang sama.......SPR dan Parlimen telah dimaklumkan perkara ini...SPR akan menetapakan hari penamaan calon dan tarikh pembuangan undi..........”

Mengulas mengenai penafiannya semalam berhubung tarikh pembubaran Parlimen hari ini.

DS Abdullah Ahmad Badawi berkata :

“.....Saya tidak boleh beri sebarang bayangan mengenai tarikh pembubaran Parlimen kerana Yang di-Pertuan Agong belum memperkenankannya lagi. Saya perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum saya boleh mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen............”
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment