Mengulas mengenai isu kenaikan peratusan penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kaum bukan bumiputera daripada 10 peratus kepada 45 peratus, dengan ini kami GPMS Caw Khas UiTM Malaysia Shah Alam membantah dengan sekeras – kerasnya dasar yang akan dilaksanakan oleh JPA tersebut. Tanpa dikaitkan dengan hak istimewa orang Melayu(yang sudah pastinya dasar tersebut bertentangan dengan apa yang JPA lakukan) kami mengemukakan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh JPA :
1. Bilangan Profesional Setiap Kaum
Penghantaran pelajar Malaysia ke luar Negara adalah bertujuan untuk meramaikan lagi bilangan professional di kalangan rakyat Malaysia kerana hampir semua kursus yang ditawarkan adalah bidang profesional. Mengikut pecahan kaum, kaum bumiputera didapati mempunyai bilangan professional yang paling rendah peratusnya berbanding kaum lain walaupum membentuk majority rakyat Malaysia. Pengurangan peratus bumiputera dalam pemberian biasiswa JPA menyebabkan bilangan professional bumiputera pada masa akan datang
akan turut rendah peratusannya.
2. Status Keluarga
Adalah mengecewakan apabila golongan yang dikategorikan sebagai berada (daripada kalangan bukan bumiputera) turut layak untuk menerima biasiswa JPA. Sepatutnya mereka ini boleh menyambung pelajaran ke luar Negara dengan pembiayaan sendiri. Meritokrasi tidak boleh dijadikan alas an kerana sudah tentu orang yang lengkap keperluan belajarnya akan mempunyai prestasi akademik yang lebih baik berbanding dengan golongan yang kekurangan serba – serbi.

3. Penguasaan Ekonomi Kaum
Sejak merdeka terutamanya selepas peristiwa 13 Mei 1969 kerajaan telah mengubal pelbagai dasar atas tujuan untuk menyamaratakan agihan ekonomi antara kaum untuk memastikan Negara kekal stabil. Sehingga kini usaha yang dilakukan belum menampakkan hasil yang dikehendaki dengan penguasaan ekonomi bumiputera belum lagi melepasi 20 peratus berbanding 30 peratus yang disasarkan. Bilangan professional bumiputera seharusnya ditambah dengan agresif kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan penguasaan ekonomi (sekurang – kurangnya melepaskan keluarga professional tersebut daripada belenggu kemiskinan.) Antara langkah penambahan agresif adalah menambah bilangan penerima biasiswa JPA dan bukan menggurangkanya.
4. Jaringan dalaman kaum
Tidak dinafikan kaum bukan bumiputera mempunyai jaringan sokongan
dalaman yang kukuh. Walupun tanpa bantuan kerajaan mereka masih mampu untuk menghantar pelajar – pelajar mereka ke luar negara melalui inisiatif persatuan, syarikat dan individu. Namun bagi kaum bumiputera jaringan seperti ini adalah amat kurang kerana faktor penguasaan ekonomi. Menyedari hakikat ini mengapa kerajaan masih mahu memberi bantuan biasiswa JPA kepada kaum bumiputera padahal
pada mereka ianya adalah jalan pilihan sedangkan bagi bumiputera hamper mustahil untuk mereka mendapat peluang yang lain.
Sehubungan dengan itu kami mahu JPA menarik balik dasar tersebut. Selain itu GPMS UiTM menggesa agar kerajaan memberi peluang kepada semua palajar bumiputera yang layak untuk mengikuti kursus professional tanpa mengira kuota dan had. Kenyataan ini tidaklah wajar dianggap berbau perkauman kerana ianya adalah untuk kepentingan Negara.
MOHD ABD RAUF TUMIRAN
YDP GPMS Caw Khas UiTM Malaysia
YDP GPMS Caw Khas UiTM Malaysia
0 Komen