Pemuda UMNO tubuh sekretariat khas

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata, Pergerakan Pemuda UMNO akan menubuhkan sekretariat khas untuk memberi tumpuan ke atas beberapa isu berdasarkan postmortem dan maklum balas yang diterima selepas pilihan raya umum ke-12.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda akan menubuhkan sekretariat permuafakatan, peremajaan UMNO, pembelaan rakyat, pembinaan negara bangsa dan perhubungan media yang dipengerusikan oleh ahli-ahli Pemuda UMNO yang dilantik.

"Kita juga mempunyai sekretariat pusat yang dipengerusikan oleh saya sendiri yang akan menyentuh mengenai pemantauan manifesto pembangkang, penstrukturan parti, keahlian dan perekayasaan proses,” ujar DS Hisham di lobi parlimen selepas mempergerusikan Mesyuarat Biro Politik Pemuda UMNO.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment