Pemuda UMNO Perak merasa hairan dengan sikap berterusan berdiam diri Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin berhubung tindakan Karpal Singh yang dianggap mempelekehkan institusi Kesultanan Perak.
Sikap membisu beliau yang berterusan sehingga hari ini menimbulkan seribu satu persoalan sedangkan Mufti Perak, Datuk Seri Harusani Zakaria telah meminta Karpal Singh supaya tidak mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury kerana ia dianggap mengjina Islam.
Ketua Pemuda UMNO negeri Perak, YB Zainol Padzi Paharuddin berkata, Pemuda UMNO Perak hairan mengapa MB Perak masih tidak menyatakan sokongan dan mempertahankan Sultan Perak dalam isu ini. Adakah beliau takut kehilangan jawatan Menteri Besar ataupun mereka terpaksa akur sebagai boneka DAP.
Serentak dengan itu, Pemuda UMNO negeri Perak menyokong penuh kenyataan Mufti Perak. Karpal jelas terus memperlekehkan institusi Raja, agama Islam dan Orang Melayu.
”Orang Melayu amat hormat penganut agama-agama lain dan tidak pernah memperlekehkannya. Orang Melayu amat terkenal dengan adab sopan santun dan hormat menghormati. Tapi jangan sampai istilah ’amuk’ yang tiada terjemahannya dalam bahasa Inggeris berlaku pada orang Melayu.
Pemuda UMNO Perak bersetuju dan mahu Karpal perlu segera memohon ampun dari Sultan Perak, Raja-Raja Melayu dan YDP Agong seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) daerah Gombak hari ini.
Pemuda UMNO Perak berasa pelik melihat pembangkang yang begitu rakus untuk mendapat kuasa dan hanya sibuk membuat tawaran membeli pemimpin-pemimpin BN. Ketika mereka sibuk melobi untuk 30 kerusi, kami, BN Perak hanya perlukan 2 kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan negeri. Itulah bezanya mentaliti dan matlamat perjuangan antara pemimpin BN dengan pembangkang,” ujarnya yang juga merupakan ADUN Sg Manik, Perak.
Pemuda UMNO Perak juga memandang serius kepada tuduhan DAP Perak terhadap apa yang berlaku di Pejabat DAP Perak hari ini yang mengatakan bahawa ada unsur `politik terlibat’ tanpa menunggu keputusan siasatan pihak polis dibuat.
Jangan hangatkan keadaan masa ini yang seperti ’retak menunggu belah’. Pergerakan Pemuda UMNO Perak pun boleh buat pelbagai andaian atas peristiwa tersebut.

11:18 PM
Pembangkang sudah belajar dari keadaan.
Sebelum PRU12, beberapa pemimpin UMNO tak segan silu membelasah komponen parti BN yang lain. Samy ditonyoh-tonyoh. Shahrir pun suka dan senyum. Nah, PRU12 mengajar BN erti bergabung dan bersatu. PRU12 juga mengajar UMNO supaya lebih bijak dan tertib.
Pemilik keris pusaka Melayu ada ditangan UMNO. Hishamuddin pun sudah sarungkan semula, masakan PKR mahu menghunus keris juga.
Bukankah Pakatan Rakyat sangat rapuh?. Hunus-hunus keris tak tentu pasal mengundang bahaya. Lebih baik orang kata pengecut.